Creative Designer & Writer from MY.

A designer who have so much on the plate, that decided to just go to sleep. It is always a new day tomorrow. And, I am the author of the book #CeritaBudakDesign.

Artikel Aku di TheVocket.com

Jadi, alang-alang dah terjebak dalam dunia penulisan ni, apa kata aku cuba ‘tonjolkan’ penulisan aku kepada dunia. Yalah, kalau tulis buku, orang tak tulis buku siap satu hari. Jadi, nak tulis yang pendek-pendek ni, contoh paling senang dekat blog-lah. Tapi blog peribadi, bukannya sampai banyak mana pun reach dia. Entah-entah takda pun orang baca. Haha!

Jadi, aku try tulis dan hantar ke thevocket.com. Impressively, tak sampai sejam kemudian, dia salah seorang curator/editor dia reply minta aku tambah sekian-sekian. Dah hari esoknya, lepas maghrib macam tu, aku dapat emel yang kata dah live dan dia attach sekali link.

So, begitulah ceritanya.

InshaAllah di masa akan datang, aku akan tulis banyak lagi. Target tahun ni, buku nombor dua.

BTW, tajuk asal aku masa aku hantar emel, “Sebagai Seorang Designer, Aku Marah!”. Mungkin tak cukup marah, jadi diorang tukar title. Haha! Yang nak tengok artikel aku dekat The Vocket, boleh klik link ni, http://www.thevocket.com/cerita-budak-design-h-benjamin-brand-master-logo/

Processed with VSCOcam with c1 preset

Processed with VSCOcam with c1 preset

Penulis ‘Cerita Budak Design’ Jelaskan Apa Itu ‘Brand Master Guide’

Baru-baru ni, kecoh tentang satu kononnya apa diperkatakan sebagai branding baru kepada ibu kota negara Malaysia. Kecohnya bukan apa, kecohnya para netizen kerana hasil kerjanya tidak berapa memberangsangkan, dan disimbahkan lagi minyak tanah ke api, respon yang diberikan oleh Datuk Bandar dan wakil DBKL, sangatlah menunjukkan yang tahap perubahan mentaliti rakyat Malaysia khususnya, kepada lebih positif terhadap dunia design masih jauh perjalanannya.

Aku bukan apa.

Sebagai seorang creative designer yang dah berkecimpung dalam industri hampir enam tahun dan terjebak secara keseluruhannya hampir sepuluh tahun, aku mahu lihat yang satu hari nanti mentaliti kau rakyat Malaysia terhadap design itu dipandang tinggi. Sama tinggi dengan seorang doktor, akauntan, jurutera, usahawan dan lain-lainnya.

Satu perkara kau kena faham, kerja seorang designer itu tidaklah semudah yang orang sangka. Bahkan secara peribadinya, aku pandang semua kerjaya itu adalah sama sahaja mulianya. Dan tahap kemuliaan itu sebenarnya tak terletak pada ‘nama kerjaya’ itu sendiri, tapi lebih kepada kau yang memperkerjayakan kerjaya itu.

Seorang doktor, akan dipandang serong masyarakat kalau doktor itu buat perkara yang melanggar etikanya sebagai seorang doktor bukan?

Akauntan yang menggelapkan RM2.6 Bilion duit syarikat, adakah semua akauntan dipandang sebegitu rupa?

Begitulah seorang designer.

Tinggi dan rendahnya diri kau sebagai seorang designer terletak kepada diri kau sendiri. Dan, apa yang aku lihat pada cara situasi baru-baru ini dikendalikan, kebanyakkannya terlalu mengikut emosi dan terlalu cepat menjatuhkan hukum yang entah silap nanti, cuma terkena balik kepada diri sendiri.

“RM15,000 buat logo “sampah” macam tu?!”

“Kahkahkah, ini mesti buat sendiri pakai Power Point, lepas tu siap.”

“Logo ni, 15 minit dah boleh siap. Agaknya, 1 minit rate dia RM1,000 lah kot.”

Kalau kau tanya aku, RM15,000 itu kecil kalau nak dibandingkan dengan satu kerja branding lengkap dari seorang designer. Kalau kau tengok kata-kata dari wakil DBKL, dia sebutkan yang RM15,000 was spent on the brand master guide. ‘Brand Master Guide’ adalah kata kuncinya. Kau yang cepat jatuhkan hukum, tahu apa itu ‘brand master guide’?

Apa Itu Brand Master Guide

Brand master guide kalau kau nak tahu, dalam kata mudahnya, guideline untuk kau guna bila nak handle branding placement satu-satu entiti itu. Dalam dunia advertising, ada terma-terma seperti corporate identity (CI).

Dari logo sampailah ke segala benda yang kau boleh fikirkan yang akan menterjemahkan brand entiti tersebut. Kalau ambil seperti contoh DBKL sebutkan, ‘comprising of logo, tagline, description, rationale and strategy’. Nampak remeh, tapi untuk Kuala Lumpur, aku tak tahu sejauh mana perginya brand master guide mereka.

Tapi aku yakin, untuk brand besar seperti Petronas, Maybank, sesetengah univerisiti, mungkin tahap perincian mereka sampai ada sebuah buku yang khas untuk brand master guide sahaja.

Aku pernah terjebak untuk handle logo CIMB lebih kurang dua tahun lepas. Mereka jadi penaja utama, dan aku cuma bermain dengan logo mereka. Tapi hampir beratus kali juga kiranya, berbalas-balas emel, kerana ada yang tak boleh bersama dengan logo CIMB.

Tak boleh langsung ada warna kuning sebab kuning warna competitor mereka. Saiz logo kena X cm, jarak logo lain dengan logo CIMB kena Y cm, warna belakang background CIMB kena hitam dan sebagainya. The do’s and don’t adalah perkara yang seorang brand master guide designer kena fikirkan untuk kegunaan masa hadapan.

Analoginya, kira macam al-Quran lah. Allah turunkan al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian. Kau ikut Alhamdulillah, kau tak ikut, berdosalah.

Ada satu contoh yang aku gunakan sebagai reference apabila buat branding. Diberi nama ‘Graphic Standard Manual’ oleh NASA yang dihasilkan pada tahun 1976. Setebal 60 muka surat yang sudah made public. 60 muka mungkin tak nampak banyak mana, tapi bayangkan kau buat 60 muka surat pada tahun 1976 secara manual tanpa software seperti Illustrator (AI versi pertama keluar tahun 1986 ok!).

Kalau satu hari nanti kau jumpa klien yang susah untuk faham, mungkin kau boleh gunakan ini sebagai reference untuk mereka lihat.

Salah Siapa?

Dari sini, untuk aku bersifat adil, aku perlu tahu secara terperinci apa yang dimaksudkan oleh wakil DBKL tersebut. Apa yang terkandung dalam “brand master guide” yang diperkatakan?

Aku setuju yang bandar se-gah Kuala Lumpur berhak lebih dari logo yang dikatakan datang dari satu template percuma dari internet. Itu, aku salahkan designer 100%, sebab untuk satu projek yang sebesar branding untuk bandar utama negara, kau guna template percuma, itu memang langkah bunuh diri.

Tapi dalam masa sama, aku lebih marahkan para designer sendiri yang terlalu cepat menghukum “pesalah” tanpa dibuktikan “bersalah”.

Kalau ikut siri realiti TV COPS, not guilty until proven in the court of law.

Kalau kau betul-betul seorang designer, kau sepatutnya faham serba-sebanyak kenapa dan mengapa logo Kuala Lumpur berakhir sebegitu rupa. Kau sepatutnya tahu bahawa menjadi seorang designer di Malaysia bukanlah satu perkara yang mudah. Lagi-lagi, kalau klien yang kau dapat adalah klien yang salah, maka bertabahlah.

Dari hari pertama berita ni viral, aku DEMAND untuk tahu secara terperinci design process, case study dan segala yang berkait dalam penciptaan logo Kuala Lumpur tersebut. Dengan andaian bahawa segala yang aku minta untuk lihat ini, wujudlah.

Apa yang aku minta ini secara kasarnya adalah perkara biasa dalam satu proses design. Lagi-lagi kalau yang dikatakan bernilai RM15,000. Lagi-lagi bila wakil DBKL sebutkan ‘brand master guide’, maka aku andaikan yang apa yang aku minta itu sepatutnya wujud.

Tapi, aku tahu, perkara-perkara macam ni bukan senang-senang si designer untuk made public. Mungkin ada confidentiality agreement. Mungkin masih on-going project.

Kalau tak wujud, then Houston we have a problem.

Apa Ada Dengan Nilai RM15000?

RM15,000 itu secara relatifnya kecil; dengan syarat, kau buat kerja kau. Aku pernah satu masa dulu dapat projek yang bernilai dalam lingkungan yang sama. Mula-mula tu memang rasa seronok sebab secara pukal, at the end of the project, kau dapat satu angka besar dari biasa masuk dalam akaun kau.

Tapi, apabila kau buat kira-kira matematik mudah, kau ambil kira masa kau habiskan, kau ambil kira masa yang kau tak habiskan untuk bersama keluarga sebab nak siapkan projek tu, kau ambil kira ulang-alik revisi design dengan klien, kau ambil kira pula potensi projek-projek lain yang kau terpaksa tolak dan kau ambil kira mental exhaustion yang kau kena hadap sepanjang tempoh masa projek berjalan.

Kau kira-kira berbaloi atau tidak? (Peace!)

Sebab itulah, aku cuba berlaku adil untuk tidak terus condemn mereka yang terlibat dalam proses pembuatan design logo Kuala Lumpur. Walaupun separuh hati aku sudah rage dengan hasil yang dilancarkan.

Dapat lagi lepas kecoh, Datuk Bandar umumkan pula yang logo belum final, boleh tambah baik. Disebabkan Datuk Bandar dah cakap begitu, DBKL terpaksa counter dengan kata sebenarnya dah final, dah habis RM15,000. Situasi ini betul-betul menggambarkan yang seorang designer itu senang-senang boleh diperkotak-katikkan sebegitu rupa.

Tapi aku chill. Marah, marah juga, tapi bertenang.

Semua ni letak dalam mentaliti kau dan aku. Aku percaya yang perubahan itu akan berlaku bila dia datang dalam diri sendiri. Change comes within. Misi memartabatkan kerjaya seorang designer masih jauh. Tapi itu bukan bermakna, aku akan buat hal aku, cara aku, dan menyusahkan orang lain dengan cara-cara yang langsung tak melambangkan kau seorang designer profesional.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *