Creative Designer & Writer from MY.

A designer who have so much on the plate, that decided to just go to sleep. It is always a new day tomorrow. And, I am the author of the book #CeritaBudakDesign.

Menjadi Lecturer

13734951_548154952038760_2559347627898666249_o

Kali pertama aku ‘bersyarah’ di hadapan orang ialah masa zaman H+A Studio dulu. Salah seorang partner aku dalam studio tu ada contact lecturer dekat CUCMS dan kebetulan masa tu, CUCMS macam ada program mingguan ala-ala ‘Minggu Keusahawanan’ macam tu. Jadi, dia invite kitorang untuk bagi ‘talk’ dekat student-student CUCMS ni.

Lepas-lepas tu, tak ada dah rasanya selain presentation biasa depan klien.

Kemudian minggu lepas, sekali lagi aku ditauliahkan bagi ceramah perdana depan budak-budak intern dekat satu company yang aku dah buat kerja here-and-there masuk hampir tiga tahun. Take note yang budak-budak intern ni majoriti tak ada langsung pengalaman dalam design atau hal-hal kreatif, by the way itu sajalah pun topik ceramah yang aku rasa layak untuk sampaikan pun. Awal-awal sebelum aku mula panjang, aku tanya apa background mereka dan benda paling design/video yang pernah diorang buat. Tak kisahlah apa dia, bagitahu je. Kalau tak pernah buat langsung, dan benda paling design diorang buat ialah susun layout dalam Words, by all means mentioned it.

Dan bukan senang untuk sampaikan benda yang kau guna to-make-a-living dekat orang-orang yang hampir seumur hidup tak pernah faham keperluan design dalam kehidupan seharian. Maksud aku, mungkinlah diorang suka benda-benda yang cool macam Apple, iPhone bagai ni, tapi berapa ramai yang tahu penting untuk kau buat poster yang mudah orang faham dan dalam masa sama ‘catchy’. Dan bila sampai kepada situasi macam ni, satu perkara yang kau boleh untuk mulakan ialah dengan ‘grab their attention’. Mungkinlah dalam hati diorang ada terdetik, “apa benda dowh design ni?” Tapi kalau dapat tarik perhatian dan terdetik pula dalam hati diorang, “eh macam menarik juga design ni,” itu bagi aku, aku dah capai target.

Dan satu lagi, I’m really not good at public speaking. Seriously.

Suara berketar-ketar, jantung berdebar. Rasa macam tengah tunggu dijatuhkan hukuman. Kahkah!

Tapi aku mengaku, bila diorang bagi aku satu slot dengan budak-budak intern ni untuk ajar diorang pasal design dan video, aku excited. Aku excited bukan apa, tapi sebab aku boleh cerita dekat diorang salah satu benda yang aku passionate about.

Oklah, kalau kau nampak benda rare dalam gambar ni, kau buat tak nampak jelah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *