Creative Designer & Writer from MY.

A designer who have so much on the plate, that decided to just go to sleep. It is always a new day tomorrow. And, I am the author of the book #CeritaBudakDesign.

Not Writing (Again)

I’ve been wanting to write so much,
that I’ve not written anything until today.

Yeah.

cbd-001

Masa aku mula-mula start tulis CBD dulu, ideanya datang lepas kerja-kerja design aku dekat Supermokh Sebuah Muzikal. Aku rasa, aku ingat lagi macamana detik-detik tu berlaku.

Perkara terakhir dalam senarai kerja design untuk muzikal teater 99% masanya adalah kerja ‘program book’.

Paling kritikal sekali pernah jadi, buku program delay siap design & content final artwork, malam sebelum opening show esok hari. Pendek cerita apa yang jadi, printer pergi print digital dalam 50 copy dan wire-o bind.

Supermokh Sebuah Muzikal, entah kenapa flownya agak smooth. Ada lead time dalam 2-3 hari sebelum opening night.

Printer dah tunggu betul-betul belakang aku tengok satu-satu gerak kerja aku.

Aku tengah buat semakan terakhir, create outline, dan segala apa sebelum FA (Final Artwork).

Pengarah, pelakon, ensemble, production crew masih dekat dalam final rehearsal.

Line Producer, dalam bilik kaca dia, tunggu aku siapkan file, baru lepas ‘berborak panas’ dengan printer.

“Day after tomorrow mesti siap!”

“Tak boleh bos. My boys kena kerja overtime macam tu,” curi dengar aku yang terakhir. Kerja aku paling utama.

File inDesign aku masukkan dalam thumbdrive yang printer bagi. Dia bebel dekat aku, semua complete ya? Kalau tak complete banyak susah nanti, kena maki dengan bos. Salah you tau. Hati aku cakap, whateverlah bro. Dah siap tu dahlah.

Printer berambus.

Aku ambil angin dekat luar, pergi tandas, masuk pentas tengok apa tengah jadi.

Habis ambil angin, masuk balik bilik kaca, menghadap laptop, termenung. Buka Pages dan ayat pertama Cerita Budak Design pun bermula.

—-

Entah dah berapa kali aku cerita.

Tiap kali, mesti ada beza. Kan?