Creative Designer & Writer from MY.

A designer who have so much on the plate, that decided to just go to sleep. It is always a new day tomorrow. And, I am the author of the book #CeritaBudakDesign.

Aku Workaholic

Aku sedar satu perkara.

Untuk aku nak mulakan satu-satu kerja, memang kadang-kadang berat. Melainkan kerja-kerja yang aku enjoy nak buat. Macam tiba-tiba dapat idea nak rebranding personal brand. Benda-benda macam ni memang laju gila buka laptop dan hadap.

Tapi, kerja-kerja yang berat ni, bila dah start buat, dah in-the-game, dah berasap kepala, badan, dah enjoy, kerja buat laju, tiba-tiba jadi macam skillfull gila padahal tak pernah buat pun style design macam tu, terus dia akan berjangkit-jangkit pergi dekat benda lain.

Benda-benda lain yang agak berat juga nak mula buat.

Benda-benda lain yang dulu terfikir nak buat tapi tak buat sebab benda picisan yang nak kasi perfect je.

Dan, satu benda lagi aku sedar.

Aku rasa aku memang boleh hadap buat kerja 24 jam. Kepala aku, kalau takda nak fikir apa-apa, memang fikir kerja. Nak siapkan itu. Nak siapkan ini.

Yep, a Workaholic Desease.