Creative Designer & Writer from MY.

A designer who have so much on the plate, that decided to just go to sleep. It is always a new day tomorrow. And, I am the author of the book #CeritaBudakDesign.

Kuat Complaint

Aku memang anti-gila dengan orang yang kuat complaint. Lagi-lagi kalau dia complaint depan-depan orang & complaint benda yang bodoh. Lepas tu tambah lagi, kau freshgrad, takda experience apa.

“Aku penat gila dah ni ulang-alik, suruh orang lain pulak, kasi aku rehat jap.”

“Serabut gila. Tadi aku tengah buat kerja lain, lepas tu tiba-tiba bos cakap itu-ini, terus hilang apa aku buat tadi.”

“Arghh, problematic gila benda ni. Nak kena turun naik, nak kena ada kunci bagai.”

“Weh, kesian doh dekat Rahmat. Kenalah bagitahu awal-awal. Dia dah buat banyak benda kot.”

Itu-ini, this-that. And all other shit.

Masa aku awal-awal kerja dulu, aku kerja memang macam gila. Gaji first aku, RM1250 je bro. Nak compare dengan gaji freshgrad sekarang yang dah at least RM2500. Gaji aku RM1250 tu, gaji aku ada sijil degree bro. Bukannya gaji SPM ke apa, tapi aku tak complaint. Kenapa? Sebab aku tahu, itu rezeki yang Allah bagi dekat aku. Kalaulah aku ada complaint pun, aku setakat makin hamun dalam hati je.

“Arghhh, stress gila benda ni,” jerit hati dan lepas tu aku sambung kerja macam biasa.

Gaji RM1250 tu, apa aku buat? Alah, setakat nak banding dengan apa kau buat sekarang, tak ada apalah bro. 10% pun belum sampai dengan apa yang aku pernah buat dulu.

Kau pernah seminggu tak balik rumah? Kalau balik rumah pun, pukul 5-6 pagi, lepas tu pukul 8 kena gerak office balik sebab ada meeting kena ikut bos jumpa klien.

Kau pernah kena gerak Johor Bahru pukul 12 tengah malam? Sebab esok pagi-pagi nak kejar klien bos besar.

Kau pernah kena maki dengan bos malam ni sebab ada buat silap, esok pagi 4 pagi dia ding-dong rumah kau sampai makcik-pakcik kau terjaga dan kejut kau bangun cakap ada orang cari. Kenapa? Sebab ada flight pergi Terengganu pukul 7 pagi kejap lagi.

Kau pernah kena jadi driver bos kau dua bulan straight redah jem apa bagai lepas dapat projek Istana Budaya.

Pernah kena handover projek jumpa Datuk-Datuk Seri dekat rumah dia sebab bos kau dah malas nak layan perangan elitis.

Pernah kena maki dengan klien yang bos kau suruh kau handle sampai rasa nak menangis?

Pernah kena jadi kuli angkat-angkat barang video keluar masuk-kereta sebab bos kau kedekut nak hire orang lain.

Pernah? Kalau setakat baru dua-tiga kali turun tangga, baru pergi cari barang naik LRT dan merungut kau penat gila babi, kau boleh pergi meninggal. Orang lain pun tak merungut kerja dia, kau boleh pula tolong rungutkan kesian kat dia. Apa cerita?

Kalau kerja setakat nak senang, nak kena suap semua benda, nak kena preparekan segala mudah untuk kau, baik kau tak payah masuk kerja. Tak payah belajar apa-apa. Duduk rumah, goyang kaki, makan anggur, tengok Youtube. Habis cerita.

Masalah budak-budak sekarang.

Nak kaya cepat, tapi kerja malas. Harap nak kaya cepat, tapi senang takpayah kerja keras.

OK fine, mungkin satu hari nanti kau boleh berjaya dengan buat benda senang, tapi kaya-raya. Tapi, ada aku kisah? Aku kerja bukan sebab nak kaya bro. Aku kerja, janji aku boleh hidup, boleh provide untuk keluarga aku, boleh pergi jalan-jalan sikit, cukup dah.

Nak kaya-raya duit juta-juta, menunjuk-nunjuk bagai, buat apa doh?

Simpan sikit Meleis kau tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *