Creative Designer & Writer from MY.

A designer who have so much on the plate, that decided to just go to sleep. It is always a new day tomorrow. And, I am the author of the book #CeritaBudakDesign.

Kalau aku seorang cikgu.

Processed with VSCO with hb1 preset

Lalu aku pun telah menyampaikan syarahan kedua aku berkenaan dengan design dalam tempoh setahun.

Ini adalah kelebihan bekerja dalam industri yang tak ramai orang macam kau sudi untuk masuk dan kau menjadi the best people doing what you do best in that industry. Ngerti?

Kiranya macam nilah.

Aku seorang designer (yang dengan cara penuh rendah diri) merasakan yang aku adalah seorang designer yang hebat. This sounds cocky, but no, it’s merely a highly extremely level of confidence. Jangan tiru, sebab kalau kau tak tahu nak kawal, boleh rosak reputasi kau. Jadi, aku yakin aku power walau dengan segala limitasi & kekurangan yang aku ada, tapi aku menampakkan kepada orang bahawa aku seorang yang power. Lepas tu, kau masuk satu industri yang jarang-jarang orang nak masuk.

Orang kebiasaan nampak, ahh malaslah masuk sana.

Tapi aku dengan selamba, masuk. Sebab aku yakin, aku boleh bawa dan bagi sesuatu.

Which is my passion and skills: designs, creativity & etc.

Jadi, kau jadi sebaik yang boleh. Orang mengharapkan kau boleh buat kau kerja, jadi kau pun buat kerja.

Di penghujung garisan penamat, reputasi kau capai satu tahap.

Screen Shot 2017-04-05 at 8.46.01 AM

Dan, kalaulah satu hari nanti aku menjadi seorang lecturer, tutor atau mungkin cikgu sekolah, aku rasa aku akan jadi seorang cikgu yang takkan ikut text buku sekolah. Ikut tu ikutlah kalau ada silibus bagai. Tapi, aku akan banyak gunakan analogi-analogi yang tak adalah intelectual gila, tapi orang biasa-biasa macam kau aku mereka dia boleh relate.

Yalah dekat Malaysia ni 90% orang tak bayar income tax kot. (Yeah, no relation whatsoever)