Creative Designer & Writer from MY.

A designer who have so much on the plate, that decided to just go to sleep. It is always a new day tomorrow. And, I am the author of the book #CeritaBudakDesign.

Maka tangguh lagi.

Aku ikut agak rapat isu-isu politik terutamanya RUU355.

Secara dasarnya, aku tak tolak. Apa-apa perkara yang boleh memperkasakan agama Islam, aku sokong.

Apa yang aku tolak ialah cara orang-orang yang acah-acah nak “memperkasakan Islam”.

Dah tangguh dua kali sebelum ni. Hari dah ‘bentang’ tangguh lagi.

Siap buat himpunan untuk tunjukkan ‘kekuatan’.

Cara-cara yang dibuat untuk kononnya “memperkasakan Islam” timbulkan seribu satu persoalan yang mengetengahkan soalan-soalan yang timbulkan keraguan dalam hati manusia bahawa, “betul ke kau nak MEMPERKASAKAN ISLAM ni?”

Kau tak tengok lagi ripple-ripple effects lain.

Bila dah mula bentang, orang-orang yang sokong bukan main lagi semangat. Kalau ada orang-orang lain yang macam bantah, atau tak berapa sokong, atau macam tak peduli sangat tapi ok bolehlah, terus laju dia sailang kau. Konon macam perli-perli tajam orang terasa, silap-silap sampai jatuhkan hukum wajib, kalau tolak berdosa, gugur akidah dan sebagainya.

Last-last tangguh.

Kalau aku jadi penyokong TEGAR tu, aku dah malu gila kot. Yalah, dah maki-maki orang, kafir sana kafir sini, agung-agungkan orang itu orang ini, last-last kena tangguh. Kau bukan main semangat menggila, sekali orang dekat dalam sana, seronok main politik.

Celaka apa?

Kau tak nampak ni mainan politik lagi? Nasib kaulah buta.

Sebabkan satu RUU ni, habis orang lupa pasal silaturrahim, akhlak seorang Islam.

Lepas tu lupa juga, selain dari undang-undang dan hukuman nak jatuhkan dekat penjenayah, jauh dekat sudut bandar atau luar bandar sana, ada orang tak cukup duit nak makan. Susah nak dapat kerja, baru kena buang kerja. Nak beli susu anak pun kena berkira catu duit makan sendiri, susah itu susah ini.

Tak ada pilihan, kena mencuri.

Lepas tu kena jatuh hukuman keras yang orang yang usulkan hukuman tu tak peduli pun pasal kau in the first place.

Oklah mungkin takda kaitan direct dengan RUU355.

Tapi, kau nampak tak fenomenanya 355 ni sampai orang lupa benda lain yang lagi penting.

Islam tu agama sejahtera. Tapi kalau tak mensejahterakan orang, Islam apa benda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *