Creative Designer & Writer from MY.

A designer who have so much on the plate, that decided to just go to sleep. It is always a new day tomorrow. And, I am the author of the book #CeritaBudakDesign.

The Last Stretch

The force is strong, that GE14 is going to be held this year. Walau belum secara rasmi diumumkan, tapi tanda-tandanya sudah ada. Kerajaan dah mula untuk ‘berkempen’ secara tidak rasmi. Aku dan team creative aku secara khususnya di INVOKE Malaysia, bakal berhadapan dengan satu tempoh ‘gila baby’.

Aku tak pernah lagi secara rasmi join PRU.

Paling dekat dulu pun PRK Kajang, tapi taklah sampai tahap yang aku turun padang, ikut berkempen.

Sekarang, di INVOKE Malaysia, memang semua turut serta. Taklah semua perkara, tapi apa-apa yang berkait dan jatuh ke dalam skop kerja kreatif, maka di situlah aku akan berada.

Dan ini, team aku di INVOKE Malaysia.

Semoga muka-muka ini bakal terpahat dalam sejarah, muka-muka yang berjaya merubah apa yang perlu diubah.

Sekian.