Creative Designer & Writer from MY.

A designer who have so much on the plate, that decided to just go to sleep. It is always a new day tomorrow. And, I am the author of the book #CeritaBudakDesign.

Lejendari

Processed with VSCO with a5 preset

“Weh, jomlah masuk gambar sekali dengan budak-budak intern dari Taiwan ni.”

“Lejen, tak masuk gambar bro,” begitulah respon aku bila staf-staf creative aku nak sangat nak bergambar dengan budak-budak intern dari Taiwan. Tak apalah, diorang belum kahwin, jadi masih dibenarkan untuk mencari-cari.

Cakap pasal lejen, satu barang lejen yang menjadikan aku seorang lejen (ya, self acclaimed): Macbook Pro pertama aku yang aku beli dan guna secara profesional untuk kerjaya aku sebagai seorang graphic designer, MBP15″ Tahun 2010 (tahun aku beli). Post ini pun aku tengah guna MBP nilah.

MBP ni dah agak lama rosak. Projek terakhir yang aku guna untuk MBP ini ialah projek Supermokh Sebuah Muzikal. Tapi, masa itu pun dah tersemput-semput dan selalu restart sendiri tanpa warning. Setiap saat aku buat kerja, tangan jari kiri tak henti-henti tekan CMD+S. Musim 2013-2014.

2014, dengan kondisi yang kritikal, aku buat ‘loan’ untuk beli baru.

Lalu MBP ini masuk ke dalam kotak & hibernasi. Sehinggalah awal tahun ini, Mac 2017.

Dengan sedikit lebihan wang yang ada, aku rasa, kenapa tidak aku baiki. Atau sekurang-kurangnya pergi tengok apa yang boleh dilakukan. Ya, spare part Apple adalah satu kecelakaan. Gila nak mampus punya mahal. Itu belum kira yang latest model, retina display, touch bar tu. Memang haram! Tak lupa juga kesan matawang yang jatuh teruk!

Lima bulan kemudian, pagi tadi, aku pun jemputlah MBP ini untuk pulang.

Lamanya bukan apa, mula-mula spare-part untuk model 2010 agak susah untuk cari (kata technician). Bukanlah susah, ada supplier. Cuma masa yang diambil untuk order dan sebagainya makan masa. Patutnya betul-betul sebelum raya haritu dah siap. Tapi, apakan daya, duit yang dah letak tepi untuk buat repair dan terguna untuk persiapan Raya.

Tak tahu sejauh mana MBP ni boleh bertahan. Lagi-lagi kalau nak buat kerja berat, design, video dan sebagainya.

Takpalah. Tak perlu kerja berat. Empat tahun khidmat lepas, dah cukup.

Ini antara projek yang MBP ini tolong aku buat (bukan dalam kronologi):

1) Cuci The Musical 2
2) Cuci The Musical Last Kopek
3) Konsert Awie & Ella di Istana Budaya
4) Lawak Ke Der 1
5) Lawak Ke Der 2
6) Lawak Ke Der 3
7) Lat Kg Boy Sebuah Musikal
8) Supermokh Sebuah Muzikal
9) Supermokh Sebuah Muzikal Restaging
10) Dikir Zikir Season 1, TV Al-Hijrah
11) H+A Studio
12) HDJ CRTVE Design Studio
13) DK Design Bureau ‘Design & Designs’
14) Projek DNA
15) Dua tahun pertama sebagai politikal creative designer.

Nombor 11-sampai-14 adalah antara projek peribadi, samaada studio sendiri ataupun sub-projek dalam mengisi masa lapang. Dan, bermacam-macam lagilah projek-projek kecil lain.

Kalau dan macam ni punya gila kerja, gila tak sayang MBP ni.

Sekian.