Creative Designer & Writer from MY.

A designer who have so much on the plate, that decided to just go to sleep. It is always a new day tomorrow. And, I am the author of the book #CeritaBudakDesign.

Gua.

This is my gua y’all.

Bagi sesetengah orang, mungkin akan cakap, kau sure ke office kau macam ni? Secara konsepnya, semua home-office aku sebelum-sebelum ni, setup dia lebih kurang macam ni. Penuh dengan barang, nampak macam tak teratur, bersepah dan sebagainya.

Tapi bersepah tu bergantung juga. Ada orang kalau nampak macam meja senget, nampak tak teratur atau selari dengan yang lain, terus dikatakan bersepah. Bagi aku, setup dalam gambar atas ni, kalau kita buang tepi segala detail kecil yang berserabut, sebenarnya setup ni nampak cozy. Kalau kau berada di tempat aku, kau akan rasa betapa cozynya tempat kerja macam ni.

Ya, aku setuju mungkin perlu kemaskan sikit. Tapi, aku takkan buat major improvement untuk alihkan meja dan barang-barang besar lain. Mungkin sekadar susun semula supaya senang untuk orang lain keluar masuk.

Oktober ni, rumah yang aku dan isteri bakal siap.

Maka akan bermulalah sessi interior yang harapannya bakal menjadi rumah yang kalau orang luar datang, taknak balik.

Sebab cozy sangat. Macam rumah pertama yang aku dan isteri duduk dulu. Bawa member-member datang rumah, terus boleh siap baring sebab kata diorang, selesa & cozy sangat dohhhhh!

Sekian.