Creative Designer & Writer from MY.

A designer who have so much on the plate, that decided to just go to sleep. It is always a new day tomorrow. And, I am the author of the book #CeritaBudakDesign.

Cerita Penuh: Langkawi17

Jadi aku dan isteri aku serta geng-geng isteri aku dan famili masing-masing telah plan untuk cuti dekat Langkawi dari 13-15 Ogos 2017. Setelah sekian lama plan yang tertangguh-tangguh-dan-tangguh, akhirnya hajat untuk bercuti secara berjemaah termeterai akhirnya. Nama jemaah isteri aku dan sahabat-sahabat mereka diberi nama: Sweeties.

Kenapa Langkawi? Seems the most legit place to go.

Lagipun ramai dah berkeluarga dan ada anak kecil, jadi kalau tiba-tiba bercuti bawa berjalan-jalan ala backpackers ke apa, boleh putus uratlah juga kot. Dengan usia yang dah semakin lanjut, nampaknya mungkin dah boleh mula nak lupakan travel ala-ala zaman bujang, backpackers, non-conventional travel ni, yang konon-konon adventurous ni. Bukanlah nak kata kalau dah ada anak tak boleh nak buat, boleh je. Kalau kau tengok video-video mat salleh kongsi, memang ada je jenis yang hardcore gila siap bawa bukan satu, tapi tiga anak yang boleh dikira masih kecil lagi. Infant pun ada. Cuma keypoint dia disini ialah, sejauh mana kau sanggup untuk berpenat lelah menyusahkan diri dengan non-conventional travelling, dengan nak bawa barang-barang lagi, stroller bagai dan ada pula anak kecil yang mungkin jenis taknak berjalan.

Untuk aku, aku tengah plan untuk 30 hari backpacking tanpa pengetahuan isteri.

Kiranya, aku nak buat surprise, so that nanti tiba-tiba, eh laaa dah plan detail.

OK, Langkawi.

Langkawi ialah Langkawi-lah. Bagusnya kitorang plan memang untuk pergi bukan hari minggu dan bukan cuti sekolah. Kalaulah memang terpilih hari weekend atau cuti sekolah, sampai-sampai je Lankawi International Airport tu, aku terus beli tiket return waktu tu juga. Tak kuasalah weh nak berebut, beratur, bersesak, bau ketiak, bau macam-macam dengan orang ramai. Dahlah pergi satu kumpulan besar (11 orang + 2 budak), lepas tu nak bersesak lagi dengan strangers. Oh pleaseeeeeeeee.

Sebenarnya, tak banyak sangat pun aktiviti yang kitorang buat.

Hari pertama, dah dekat waktu tengahari. Jejak je tanah Langkawi terus pergi cari Laksa Ikan Sekoq tepi airport & tepi laut. Brunch katanya. Selesai isi perut, terus berphotoshoot kejap tepi laut sebelum check-in ke Villa Desa Langkawi. Selesai checkout dan refreshkan apa yang dah tak fresh, kitorang terus ke Laman Padi untuk very-late-lunch. Selesai late-lunch, bergerak ke Pantai Chenang dan sekali lagi berphotoshoot. Masa inilah aku sedar yang iPhone 7 aku power gila record video lalu aku membuat keputusan drastik dan sangatlah impromptu untuk buat video ringkas.

Video pertama boleh tengok bawah ni.

Lepak tepi pantai sampai dekat Maghrib.

Kemudian pulang ke villa, mandi, jamak Maghrib & Isyak dan apa yang patut untuk keluar berjalan-jalan sekali lagi dekat Pantai Chenang. Perut masih kenyang, jadi dinner seakan-akan masih belum kelihatan walaupun jam sudah 9.30 malam. Ramai orang kata, Jalan Pantai Chenang tu lagi meriah waktu malam sebab kedai-kedai semua buka sampai lewat. Yalah, bila drive lalu area situ memang meriah. Malam, lampu-lampu semua terbuka, bercahaya jadi nampak meriah. Cuma aku pelik, orang yang berjalan takdalah ramai mana (at least tak seramai yang aku sangkakan), tapi parking tepi jalan kiri-kanan bukan main penuh. Ni kereta orang ke kereta jin?

Lebih kurang setengah jam malam tu dekat Jalan Pantai Chenang, hujan mula turun.

Musim hujan, kau expect apa, ya tak?

Kemudian kami menuju ke tempat makan malam, Halim Gulai Panas.

Ada makanan laut segar boleh pilih, tapi semua masak sama: Gulai Kari.

Sedap. Makan malam 11PM memang sedap, terbaik #S.

Selesai hari pertama.

Hari kedua, ikutkan apa yang dah tertulis dalam itinerary, memang banyak betul tempat nak melawat. Dari Nasi Dagang Pak Malau untuk breakfast, Cable Car, Underwater World dan Duty Free Shopping. Last-last, satu hari hari kedua habis dekat Cable Car. Orang yang jual tiket pakej dekat kitorang tipu cakap boleh settle semua ride dalam 2 jam, sebab kitorang sampai dalam 10-11 pagi, sampai ke petang 5-6 baru buat keputusan, “OK, jom balik.”

Cable Car, 3D museum & Skyrex dalam satu hari. Dia yang lama tu bukannya nak masuk benda-benda ni, yang lama tu beratur. Kalau 8 jam ada dekat sini, 4 jam tu buat beratur je. Yang lain-lain tu bila dah masuk dalam dan spent ambil gambar dengan sangat banyaknya. Itu yang lama. Kena faham tu dulu, ok.

Petang terus pulang ke Villa dan tidur (kebanyakkannya). Aku dengan selamba pergi edit video yang aku shoot atas tu. Lepas maghrib macam tu, keluar semula ke area Pantai Chenang pergi Duty Free sebelah Underwater World. Orang nak masuk The Zon punya Duty Free, dia pergi tutup pula. Jadi belilah dekat mana-mana kedai yang buka. Habis shopping terus makan dekat kedai Lubuk Buaya.

Sedap buaya masak tepung dia.

Hari ketiga, tak banyak plan sangat dah. Cumanya, Nasi Dagang Pak Malau yang patut jadi hentian breakfast untuk hari kedua di tunda ke hari ketiga sebab ramai cakap, Isnin dia tutup, jadi pindah ke Selasa. Hari Selasa, bila dah drive 30 minit ke area Makam Mahsuri, dia tulis besar-besar depan kedai tutup Selasa. Bila Google, dalam Google place tu pun cakap “Closed Today”. Maka melepaslah nak makan Nasi Dagang Pak Malau. Yang paling terkesima tu, Pak Malau ni macam tok sedara salah seorang suami geng wife aku (nama dirahsiakan atas sebab keselamatan), dia acah-acah nak surpriselah tak call bagitahu nak datang ke apa, sekali hambekkkk, semua 11 orang yang ter-surprise.

Oh, lupa nak mention, hari kedua punya breakfast sepatutnya ke Breakfast Bar. Bila sampai ke tapak ikut Waze, hambek kau surprise lagi, bukan setakat tutup, dengan kedai-kedainya dah tak ada. Tinggal tapak, tanah, kesan-kesan batu macam bangunan baru lepas kena roboh.

Langkawi ni, memang penuh kejutan. Sumpahan Mahsuri gamaknya.

Hari ketiga dikhususkan untuk shopping. Bukan shopping apa sangat pun, setakat bawa balik coklat je. Rokok tak hisap, minuman keras haram, so apa je yang ada? Coklat. Kalau nak shopping baju, Gucci, Dolce Gabbana, baiklah ke tempat lain. Langkawi ada baju “I Love Langkawi” sahaja. Kemudian, sekitar tengahari, keputusan awal jemaah untuk terus pulang ke villa untuk pack. Sebab flight jadualnya pukul 3 lebih, jadi dalam pukul 2 petang dah nak kena ada dekat airport. Tapi, apakah ertinya ke Langkawi kalau takda gambar berhala helang, bukan? Nama rasmi Dataran Lang, ya aku tahu.

Keputusan awal tadi di-veto-kan untuk redah je ke Dataran Lang. Itinerary yang awalnya ada dalam jadual untuk pergi makan lunch dan sebagainya ditolak tepi untuk bagi laluan ke Dataran Lang. “Kita makan dekat airport jelah, lagipun breakfast lambat tadi kenyang lagi,” kata salah seorang ahli jemaah.

Lalu, inilah dia rupanya video perpisahan kitorang dekat Dataran Lang.

Berikut cerita penuh Langkawi17 kami. Maaf atas segala salah silap terkasar bahasa. Kepada Langkawi, nanti aku datang lagi, tapi musim yang bukan musim hujanlah. Kalau pergi cuti sebab nak hadap hujan, KL pun ada hujan.

Sekian.

P/s: Percayalah, all videos shot with iPhone 7.