Creative Designer & Writer from MY.

A designer who have so much on the plate, that decided to just go to sleep. It is always a new day tomorrow. And, I am the author of the book #CeritaBudakDesign.

Behind every greatness, there’s a struggle.

Hari ini, genap seminggu hari yang mengubah sepenuhnya kehidupan aku dan isteri aku.

Dan selepas seminggu inilah, aku boleh simpulkan sesuatu.

Bahawa, aku yakin aku boleh untuk teruskan kehidupan, kalau tak seperti biasa, sekurang-kurangnya aku masih punya semangat yang lebih kurang sama seperti sebelum ini.

Dan sesungguhnya, walau teruk mana kau rasa kehidupan kau, tahulah bahawa ada orang yang dekat luar sana lebih teruk dan berat ujian mereka. Namun, siapalah aku untuk bandingkan yang ujian aku lagi berat dari ujian kau, sebab hakikatnya, aku dan kau, ya, adalah berbeza. Sebab itu:

Allah takkan uji hamba Dia dengan ujian yang hamba tu tak boleh nak tanggung.

Boleh jadi, ujian aku dan ujian kau adalah sama beratnya untuk kita masing-masing, walau kalau dilihat oleh orang luar, berat salah satu antara kita rasanya seperti jauh lebih berat.

Aku redha dengan ujian yang Allah berikan terhadap aku dan isteri.

Boleh jadi ini juga bukti bahawa Allah sayang aku, walau selepas segala dosa yang aku dah lakukan sebelum ini.

Perjalanan kehidupan aku selepas ini berat, tapi, satu perjalanan yang aku tahu aku akan teruskan.

Tak kira apa.