Creative Designer from MY.

In 2013, I made a bold move by becoming a political designer. Five years later, history was made. And today, I still have a lot on my plate that I decided to just go to sleep.

Makan Malam

So tadi ada training PDP “Personal Development Progression” dekat Invoke dengan Dr Rahim. PDP ni dah jalan lama dah since before election dulu lagi. Antara sebab utamanya nak prepare mentally semua staf bila Invoke masuk phase commercialization. Dari lepas PRU haritu sampai sekarang memang tak ada apa-apa dah training macam ni, sibuk dengan kerja je, so boleh fahamlah kenapa management arrange untuk buat.

Dan ada satu part dalam talk Dr Rahim tadi, dia bagi short exercise. Pilih someone yang “hebat” untuk kau pergi dinner dengan orang tu dan dalam dinner tu nanti tanya tiga soalan yang kau nak tanya dan bila habis dinner tu nanti, kau balik kau boleh cakap yang kau dapat sesuatu dari dinner tu.

Ada seorang staf aku dekat Creative ni, dia pergi cakap dia pilih nak dinner dengan aku. Dah kenapa kau ni, haha.

Tiga soalan yang dia nak tanya:
1) Kenapa jadi Designer?
2) Macamana aku develop skill aku?
3) Apa aku buat masa waktu lapang aku?

Jadi, aku dengan gayanya akan menjawaplah soalan-soalan yang ditujukan ini. Semoga dengan jawapan yang bakal aku beri akan mendatangkan faedah untuk lima ke sepuluh minit yang korang akan spent untuk baca. Baik.

Kenapa aku jadi designer?

Kalau kau follow segala tulisan-tulisan aku sebelum ni, baca buku aku “Cerita Budak Design”, korang akan tahu cerita macamana dan kenapa aku jadi designer. Jawapan secara terusnya, aku tak plan pun untuk jadi designer, stuff just happened. Tapi, as time moves along, aku dapat simpulkan bahawa, keputusan aku untuk jadi seorang designer atau dalam kata yang lebih kurang-spesifik, seorang creative, adalah keputusan terbaik yang aku buat untuk pemilihan kerjaya. Lapan tahun menjadi seorang Creative, aku mula nampak dengan jelas apa yang aku nak capai sebagai seorang Creative dan apa contribution yang aku boleh bagi. Lihat contoh paling mudah ialah bila pada PRU14 yang lepas, aku dan team aku antara orang yang bertanggungjawap, walaupun kecil, untuk bawa perubahan kepada sistem kerajaan Malaysia. Bila kau sendiri dah lihat, rasa, dan terlibat dengan terus satu perubahan yang agak besar, maka sepatutnya timbul dalam jiwa kau bahawa kau sebenarnya boleh buat perubahan. Dan aku sebagai seorang Creative, sememangnya rasa bahawa apa yang aku buat, mungkin bukan esok lusa, tapi satu masa nanti akan membawa kepada perubahan. Perubahan yang aku mahukan? Kau boleh tengok segala tulisan-tulisan, coretan ringkas aku dekat media sosial, Facebook, Twitter dan sebagainya.

Macamana aku develop skill aku?

Well, sebenarnya ini sama je aku rasa macam mana-mana skill yang ada dalam dunia ni, tak semestinya dalam dunia creative semata-mata. Practice make perfect. Apa-apa skill yang kau dah ada, kau kena terus asah supaya dia akan kekal tajam. Macam pisau. Dan apa-apa skill yang kau tak ada lagi, kau kena cari sumber untuk belajar. Untuk perkara-perkara berkait software, bersepah video tutorial yang orang buat dekat Youtube. Kau cuma perlu rajinkan diri untuk cari dan tengok dan ikut dan praktis. Itu kalau skill software-lah. Kalau soft skill macam idea, kreativiti dan sebagainya, jawapan aku lebih kurang sama, macam pisau tadi, kau kena asah selalu. Kalau ikut jawapan cliche orang, pergi travel, pergi jalan, tengok dunia dan sebagainya. Inipun, ada betulnya tak salah pun. Tapi yalah, travel ni bukan semua orang mampu, dengan kosnya, masanya lagi, kan? Tapi, buat macam apa yang selalu aku buat, travel ni bukan bermakna kau ambil masa seminggu dua pergi bercuti semata-mata. Proses kau ulang-alik balik kerja pergi kerja pun boleh jadi satu acara travel. Perjalanan kau balik kampung, perjalanan kau jalan kaki pergi masjid, pergi makan dan sebagainya boleh juga dikira sebagai satu travel.

Dan dalam travel yang aku buat, aku biasanya suka perhatikan sekeliling. Memanglah enjoy itu satu benda yang paling wajib buat bila pergi travel, tapi ambil juga masa untuk tengok sekeliling. Gelagat orang, sekeliling kau, tengok cara macamana orang lain buat kerja dan sebagainya. Kalau ada peluang ke luar negara, appreciate the smallest details. Macamana orang dekat luar negara buat signage jalan atau buat packaging hot chocolate mereka contohnya. Kalau ada barang free, ambil. Aku pernah terbang ke Warwick untuk graduasi adik aku. Aku simpan lagi sampai sekarang booklet dan segala brochure universiti mereka. Pergi Australia, sampai sekarang aku simpan tiket naik bas yang entah dalam kotak mana dah sekarang ni. Sebab apa? Sebab aku rasa apa yang mereka buat ada beza walaupun secara amnya bagi orang lain, normal dan sama je macam apa kita buat. Tapi aku nampak the smallest details. Beza paling ketara, material yang mereka guna.

Apa aku buat masa waktu lapang aku?

Kalau kau tanya sekarang, aku lepak dengan anak aku je.

Kalau kau tanya aku sebelum anak aku ada in the picture, lepas aku berkahwin, aku banyak habiskan masa dengan wife aku. Tolak tepi aktiviti mingguan bersama keluarga, kenduri dan sebagainya, aku akan buat perkara yang aku dan wife aku sama-sama enjoy. Wife aku suka karaoke, jadi aku pergi karaoke. Aku suka tengok wayang, jadi tengok wayang.

Kalau kau tanya aku sebelum aku kahwin masa aku mula-mula, mulakan kerjaya, aku banyak tidur. Sebab kerja macam orang gila. Kalau ada waktu lapang lepas tidur dah cukup dan tak ada kerja, aku tengok wayang. Kadang-kadang sampai 2-3 kali straight pun boleh.

Tapi ini jawapan normallah. Benda-benda ni semua couple buat.

Kalau kau tanya aku sebagai seorang creative, jawapan aku ialah aku akan cuba sibukkan diri aku dengan side-project. Tak kisahlah benda tu kecil macamana sekalipun, tapi sibukkanlah masa lapang kau dengan side-project. Buat design-profile kau sendiri walaupun kau tak rasa kau perlu pun dan bukan masa untuk kau cari kerja baru pun lagi. Kau ada tengok projek #ZineKechikGila aku? Bagi orang yang biasa buat zine, aku rasa projek tu biasa, macam makan nasi. Tapi bagi aku, projek kecil-kecil macam nilah yang dalam masa sama occupied masa lapang aku, juga develop skill aku yang dah lama aku tak buat. Skill DIY, potong kertas dan sebagainya yang mungkin dah lama berkarat. Memanglah day job kau dah seorang creative, buat design, grafik dan sebagainya. Tapi walaupun benda yang sama, kesannya sangat ketara antara buat kerja untuk orang dengan buat kerja untuk diri sendiri.

Buat kerja untuk diri sendiri ni, tak semestinya untuk generate income. Macam aku, aku dah ada steady day job, jadi aku buat side-project untuk suka-suka. Walaupun dalam grand scheme aku, memang ada cita-cita untuk jadikan side-project tu sebagai main source of income, tapi buat sementara ni, buat untuk suka-suka dululah.

Buat kerja untuk orang, penat.

Buat kerja untuk diri sendiri, walaupun penat, kau akan tersenyum seorang diri.

Serius. Tak percaya, boleh cuba.

HDJ.