hdj & harinya dalam blog.

Creative yang buat design & kadang-kadang menulis.
Sekali-sekala buat video, ada Youtube channel.

I’m back alive.

Blacktown

So, after almost 3 month of battling stuff via email, I’ve finally managed to restore the well-known hidayatjamalolail.com signature name.

Malangnya, content-content lama sebelum ini tak dapat aku selamatkan. Kalau kau jenis buta IT sikit, bayangkan macam nilah. Kau sewa storage space macam dalam cerita Storage Wars tu. Banyak barang-barang peribadi yang kau simpan dalam tu. Ramai juga orang-orang lain yang sewa tempat storage space tu. Murah, boleh tahan antara yang termurah dalam market.

Tiba-tiba satu hari, kau nak pergi tapak storage space tu, tengok-tengok tapak tu dah jadi padang jarak padang terkukur. Kau tak tahu apa jadi. Kau try contact owner tempat tu, tak dapat dikesan. Emel, phone apa semua tak dapat.

Jadi, apa yang kau boleh buat? Terpaksalah kau cari tempat storage space baru.

Cuma, dalam konteks domain sendiri ni, panjang sikitlah cerita dia. Sebab ada perihal nama domain kau pula nak kena transfer tu ada proses dia.

Kalau letak dalam konteks storage space tadi, maybe aku boleh contohkan macam kalau kau nak sewa storage space, kau kena ada lesen. Bila dah ada lesen ni, ada 1 dokumen penting yang verify kau owner domain tu, wajib kau bagi dekat owner. Tiba-tiba owner hilang, dokumen penting ni pun sama hilang. Kalau kau nak pindah, dokumen penting ni kena ada sebab dia nak verify tu memang milik kau. Jadi, apa perlu kau buat nak dapatkan balik dokumen penting ni, kau kenalah pergi Registrar Storage Space.

Macam tu sekali analogi aku. Power tak?

Kesimpulan dia, kalau kau nak sewa storage space, maksud aku hosting service provider, carilah yang reliable. Jangan tengok sebab dia paling murah, kau tibai servis dia. Sebab murah-murah ni kadang-kadang, ada darkside dia yang kau tak tahu.

Sekian.