hdj & harinya dalam blog.

Creative yang buat design & kadang-kadang menulis.
Sekali-sekala buat video, ada Youtube channel.

No More Theatre Musicals

DYT_6890

Bila ada social gathering dengan kawan-kawan lama atau berjumpa dengan kenalan-kenalan yang tahu aku buat apa sebelum ni, orang akan bertanya kepada aku satu soalan yang sangatlah wajib untuk ditanya.

“Tak ada teater dah ke sekarang?”

Aku nak jawap apa pun, aku tak tahu. Sekarang ni bulan Ramadon, mungkinlah tak ada. Kau gila nak buat teater, konsert, atau apa-apa entertainment program bulan puasa macam ni? Nanti ada yang mengamuk cakap ini satu penghinaan kepada Islam. #LEL. Islam, lepas tu ada mengamuk. Cantik SANGAT-lah kombinasi tu.

Ok, back to the point.

Kalau social gathering tu jadi dekat bulan-bulan lain, aku nak jawap apa pun aku tak tahu. Biasanya aku akan jawap, sekarang ni adalah kot teater kat Istana Budaya tu, tapi aku tak involve. Jawapan ni kalau aku tahu sekarang dekat IB ada apa. Kalau aku tak tahu, then aku akan cakap tak sure pula sekarang ada apa. Maybe adalah something kot dekat IB, tapi aku tak involve, so aku tak tahu.

Lepas tu aku akan tambah jawapan, aku dah retired teater sekarang ni.

Oh, kenapa?

Aku berhesitasi. Umm…dah bosan. Itu jawapan lembutlah. Jawapan kasar dia, aku dah tak larat nak menghadap perangai manusia. Lebih-lebih lagi perangai diva artis. Gitu. Oklah, to be fair, perangai-perangai ni bukan setakat ada dekat artis saja. Dekat klien-klien biasa yang bukan artis pun ada. Cuma, bila artis buat perangai artis, campur perangai klise klien, dia jadi gabungan meletop!

Bro, takkan sebab perangai orang je kau dah give-up? Mana-mana pun ada perangai orang ni.

Oklah, to be fair, judgement kau tu betullah juga. Takkan sebab perangai sorang aku dah nak give-up? Betul. Tapi, to be fair dekat aku (dan orang-orang lain yang buat tindakan macam aku ni), kau takkan betul-betul tahu apa orang tu rasa, selagi kau tak rasa sendiri. Dan, setiap orang ni ada tahap limitasi yang berbeza. Selagi kau tak ada perasaan macam orang tu, kau tak rasa apa yang orang ‘give-up’ tu rasa, kau takkan tahu. Betul tak?

Mungkin bagi kau, nampak macam alah takkan baru sikit macam tu je dah tak nak? Tapi kau tak tahu yang mungkin sikit bagi kau tu, banyak bagi aku atau orang lain tu? Kan?

Macam makanan pedas. Ada orang boleh tahan pedas makan cili api RAW, hati kering takdahal punya. Ada orang, baru pegang biji cili api, dah menangis.

Ok bro, you make your point.

Dan kalau kau nak tahu, bukan sebab perangai orang je aku dah retired dari buat teater muzikal. Tapi, seriously, duduk dalam industri hiburan ni, aura dia lain macam sikit. Memang sampai satu tahap tu, kau dapat rasa macam ada something yang semacam yang buat aku tak boleh nak duduk diam.

Atau mungkin, aku memang jenis tak suka duduk bawah limelight.

Aku bukannya jenis tergedik-gedik bila nampak artis. Walaupun orang tu aku minat.

Kau boleh tanya isteri aku. Dia boleh cerita konsep aku bila nampak artis.

Dan, to be honest, aku rasa dah cukup dah apa aku dah buat dekat teater muzikal ni. Buat pengetahuan kau, aku tak pernah plan pun nak masuk dalam teater muzikal. Benda tu jadi bukan dalam perancangan pun. Simply happened. Dalam anniversary 5 tahun aku bekerja ni, aku rasa adalah dalam 10 projek teater dekat IB juga yang aku buat. Ada sebahagian tu, bukan teater pun, tapi venue dekat atas stage IB.

Jadi sekarang, aku rasa adalah masa yang paling sesuai to find a new challenge.