hdj & harinya dalam blog.

Creative yang buat design & kadang-kadang menulis.
Sekali-sekala buat video, ada Youtube channel.

There are 2 types of designer in this world.

Aku dah generalisasikan kategori ni, untuk memudahkan rakyat marhaen macam kau yang malas membaca ni. Tapi, kalau kau dah habis baca post ni nanti, tahniah aku ucapkan sebab kau bukan jenis yang tangkap muat dengan baca tajuk semata-mata.

Ok, dua jenis designer.

Satu, yang reti buat kerja. Dua, tak reti buat kerja.

Dan sebenarnya, dalam dua kategori ni aku boleh huraikan dengan lebih panjang lagi kalau aku nak. Silap-silap mungkin boleh buat isi untuk buku aku seterusnya nanti. Tapi, itu cerita lain. Aku akan cuba meringkaskan seringkas yang mungkin.

Aku bermula dengan nombor 2 dulu, jenis yang tak reti buat kerja.

Dulu, aku pun termasuk dalam kategori ni. Lebih-lebih lagi masa zaman belajar dulu. Memang jenis tak reti buat kerja. Maksud aku tak reti ni, bukanlah jenis yang bila orang suruh buat, kau buat acuh tak acuh, buat main-main, sambilewa, bukan! Jenis tak reti ni maksud aku lebih kepada bila orang suruh kau buat kerja, kau jadi macam, macamana nak buat ni ek? Mana aku nak tahu macamana nak reti buat benda ni? Dengan siapa aku nak belajar? Itulah maksud aku yang pertama dengan orang yang tak reti buat kerja.

Maksud aku yang kedua, jenis tak reti buat kerja ni ialah dengan buat kerja ikut relax dia je. Ikut timing masa dia. Dia rasa malas, tak buatlah. Dia rasa tu bukan masalah dia, dia buat bodo jelah. Bila orang minta sesuatu, dia rasa tu bukan masalah dia, so dia buat tak hirau. Habis cerita. Orang lain yang susah sebabkan dia.

Itu maksud kedua aku dengan orang tak reti buat kerja.

Aku taknak huraikan maksud pertama aku sebab benda tu normal, lebih-lebih lagi untuk seorang yang fresh-grad. Baru-baru masuk kerja, tak reti sangat dengan cara orang buat kerja. Zaman universiti bolehlah buat kerja sendiri, cara sendiri. Dah kerja, kena blend in dengan cara orang juga, betul tak? Ini bukan satu masalah besar kalau kau rajin. Rajin nak belajar, rajin nak tahu, rajin nak improve diri kau.

Tapi masalah besar jadi, bila kau terserempak dengan orang takrifan kedua aku tadi.

Kalau dapat lagi dia fresh-grad, lepas tu dia masuk pula golongan takrifan kedua aku tadi, kalau aku terjumpa satu hari nanti, memang aku bagi cukup-cukup. Kata orang, ni jenis bodoh sombong jugalah. “Hah, kau. Pandai sangatkan? Handle projek ni, esok present depan board. Sorang-sorang tau. Kitorang semua ada retreat.”

Pengalaman aku, aku pernah jumpa orang bodoh sombong macam ni. Tapi, mungkin aku tak deal directly dengan dia, so tak berapa terasa. Tapi dah cukup nak tahu perangai manusia sebegini rupa. Dan siapa sangka, akhirnya baru-baru ni, aku terjumpa juga akhirnya. Buat kerja slow ikut masa dia. Buat-buat busy gila, tapi menyibuk kerja orang bukan kerja sendiri. Minta benda simple yang 5 minit je ambil masa, pun tak boleh nak deliver.

Ok dah cukup. Banyak-banyak nanti, kurang pula pahala puasa.

Seterusnya kepada jenis yang pertama pula…

Aku sambung nanti.