hdj & harinya dalam blog.

Creative yang buat design & kadang-kadang menulis.
Sekali-sekala buat video, ada Youtube channel.

Kau, ambil sign aku cepat!

CBD-KopiPress

Everything is Awesome! adalah soundtrack background untuk post ini.

Satu lagi checklist aku untuk perkara yang aku nak buat sepanjang kehidupan aku, sudah tercapai. Kalau dulu, checklist terakhir yang aku dah scratch keluar ialah aku nak produce/direct/tulis filem sendiri. Yang aku capai, buat shortfilm.

Itu je?

Kau kena faham. Aku mungkin bukan macam kau. Aku buat benda untuk kepuasan hati aku sendiri. Mungkin bagi kebanyakkan orang, apa yang aku dah capai dan scratch out dari checklist tak berapa nak ummph, tapi sekurang-kurangnya aku rasa kepuasan bila buat benda tu. Buat apa aku buat benda yang Award-Winning tapi aku tak rasa puas, tak rasa enjoy. Stress memanjang. Tapi, paling kurang short film pertama aku dulu menang juga something. Best SFX.

Sekarang, perkara kedua sudah scratch keluar.

Tulis buku, memang dah lama aku tulis, dah banyak benda aku tulis. Tapi ini yang pertama aku betul-betul siapkan dan ada content yang lengkap dan akhirnya bakal diterbitkan tak lama lagi. Pagi tadi, dekat Kajang-Bangi aku sign contract dengan publisher baru setup dekat Malaysia ni, Kopi Press. InshaaAllah lepas Raya nanti, proses apply ISBN dan kemudian pergi printing bakal berlaku. Kata mereka tadi, paling awal pertengahan Ogos.

So, that’s it guys. Satu perkara baru dah tercapai.

Mungkin, buku ni bukanlah penulisan aku yang terbaik. Shortfilm pertama aku dulu bukan yang ada ‘ummph’ sangat tapi, bukan bermakna bila aku scratch keluar perkara ni, aku dah takkan buat dah. Ok dah buat sekali, dah puas hati, cukup! Tidak sama sekali. Plan baru selalu ada, tapi atas kekangan perkara, bukannya macam masak nasi, harini nak, harini juga buat.