hdj & harinya dalam blog.

Creative yang buat design & kadang-kadang menulis.
Sekali-sekala buat video, ada Youtube channel.

24 November Tarikh Keramat

2015-11-22 17.41.59

Semalam, 24 November 2015 ulangtahun perkahwinan aku yang ke-XX. Wife aku cakap rahsiakan tahun sebab taknak orang tahu, jadi kau pandai-pandai sendirilah kira kalau kau rasa kau tahu aku kahwin bila.

Kepada wife aku, aku nak ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan. Semoga dengan usia perkahwinan yang masih muda ini banyak mengajar pasal antara satu sama lain. Dan dengan pengajaran itu akan menguatkan lagi ikatan yang dah terbina ini. Aku juga nak ucapkan jutaan terima kasih sebab sudi untuk melayari bahtera ini sama-sama. Susah senang sama-sama dan sama-sama bina empayar. Sebab, terus-terang aku kata, aku tak ada apa-apa. Masa aku kahwin dulu, aku bukannya ada kerjaya yang stabil sangat pun. Gaji masa tu tak cecah 2k pun lagi, tapi entah macamana, seorang gadis yang aku kenal masa tahun terakhir aku dekat MMU rupa-rupanya bakal dan dah menjadi teman hidup aku.

Banyak rintangan dan cabaran dalam hidup bersama ni.

Awal tahun haritu, ujian paling besar yang orang tak boleh nak bayangkan jadi, terjadi dekat aku. Tapi, walau apa orang kata, aku masih percaya bahawa Allah itu ada. Allah Maha Besar dan ya ujian yang Dia bagi dekat aku dan isteri aku ni adalah ujian yang kitorang memang boleh tanggung. Jadi, kesabaran kitorang inshaaAllah satu hari nanti bakal membuahkan hasil.

Sekali lagi kepada wife aku, tak ada kata-kata yang boleh aku ucapkan untuk menggambarkan betapa aku cherish dia sebagai wife aku. Memang tak ada kata-kata yang boleh nak betul-betul gambarkan. Tapi, ringkas aku boleh kata, dia adalah isteri paling sempurna yang boleh aku minta untuk menjadi isteri aku. Dan untuk itu, I love you so much.

May this adventure together, brings us closer and closer to syurga.