hdj & harinya dalam blog.

Creative yang buat design & kadang-kadang menulis.
Sekali-sekala buat video, ada Youtube channel.

Naik, naik dan terus naik.

Weekend lepas kira macam weekend terakhir sebelum kontrak rumah sewa aku tamat. Tapi, dalam option kontrak boleh extend lagi setahun. Bagi written notice sahaja. Jadi, aku WhatsApp tu kira written-lah kan? Dalam kontrak pun ada tulis yang rent increment tertakluk kepada market value sekarang. Aku tak check sangat berapa market value sekarang, tapi area Damansara ni, basic unit dalam 1000-1200 pun adalah kot.

Sewa aku setahun lepas, 1100. Januari 2016 nanti, naik 1200.

Terkilanlah juga. Tapi, nak buat macamana, nak cari rumah sewa baru dah time consuming. Nanti nak kena bayar deposit apa semua lagi. Nak pindah, kena sewa lori. Barang-barang rumah, walaupun aku sewa je tapi dah banyak macam duduk rumah beli sendiri. Jadi, nak tak nak aku absorb sajalah kenaikkan sewa tu. Kena kerja kuat lagi sikit cari extra income 100 ataupun potong mana-mana yang tak perlu sangat. Aku tak salahkan pun owner tu dia nak naikkan sewa. Dia pun duduk area yang memang kalau nak pergi mana-mana, memang kena lalu jalan ada tol, tol dah naik. Naik kereta, kena bayar minyak takda subsidi. Kalau naik public, tambang pun dah naik. Harga barang lagi. Dengan GST lagi. Haritu ada Menteri kata GST tak beban, tak naik harga, sekarang kau tengok sendiri, apa benda yang tak beban, tak naik harga?

Betullah kot kata Rafizi Ramli yang kita rakyat Malaysia ni memang penyabar.

Lagi best kalau harini marah-marah mengamuk sakan, nanti next PRU, dia bagi kau insentif sikit, terus lupa semua benda, undi diorang balik.

Memang power!