hdj & harinya dalam blog.

Creative yang buat design & kadang-kadang menulis.
Sekali-sekala buat video, ada Youtube channel.

Benda paling ganjal bagi aku dekat tempat kerja.

Adakah cuma aku, atau memang sesuatu yang sangat pelik kalau kau panggil orang lain dekat tempat kerja kau dengan panggilan orang tu sebagai ‘adik’. Serius, bila aku dengar macam tu, aku rasa pelik sangat, macam telinga dah nak berdarah.

Contoh.

“Adik, dah ok ke belum?”, ada tiga budak intern, tiga-tiga sekali terkesima. Kau ke aku ke kau? Lepas tu, orang yang panggil kau ‘adik’ tu tak berapa nak pandang ke arah kau sangat pun. Dia tengah syok dengan kerja dia mengadap skrin komputer. Suara sahaja yang keluar.

Alah bro, samalah macam kau panggil orang yang tua sikit dari kau dengan panggilan akak atau kak.

Ok bro, fine. Aku terima argument kau. Tapi, tengok ada tapi ni. Bila orang dah mula panggil kau akak, kak atau bang, abang, dia satu je, samaada kau sendiri dah redho orang panggil kau macam tu ataupun kau sendiri yang membahasakan diri kau dengan diorang yang konon ‘muda’ sangat berbanding kau tu dengan panggilan akak, kak, abang, bang.

“Err, Encik Ben. Nak tanya something boleh?”, budak intern menyapa.

“Eh, kau tak payah encik-encik dengan aku, panggil aku Abang Ben je,” ini pun sebenarnya dah buat aku geli.

Atau, kau panggil budak-budak intern yang baru masuk tu, kau nak cakap something dan kau terus bahasakan diri kau, “Ok, abang nak korang semua dengar sini elok-elok. Nama abang, abang Ben.”

Dan betul tak kalau aku cakap yang budak-budak muda ni, budak-budak intern ni takkan terus berani nak panggil kau abang, akak for the first time. Dulu, pernah ada makcik saudara aku cerita, dia kerja lawyer untuk satu company ni, tiba-tiba ada mamat dari department mana, datang jumpa dia, panggil-panggil, “akak! akak!” Makcik saudara aku buat apa? Dia sound direct, “Excuse me! I’m not your sister nak panggil akak, akak. Ni tempat kerja, be profesional sikit.” Makcik saudara aku tu bukan jenis kerek, poyo pun. Cara dia cerita tu kelakar, tergelak-gelak je. Tapi, betul tak point dia? Tempat kerja, tempat profesional, jadi kau pun kenalah address orang dengan cara yang profesional, betul tak? Tak kiralah kau tua mana sekali pun.

Dan aku nampak trend ni banyak dekat tempat-tempat yang government. Tak kisahlah lokal or federal, dua-dua ada.

Sepanjang karier aku masa aku freelance dulu, tak pernah lagi ada jenis-jenis yang macam ni. Semuanya chillax dan cool je, bro! Kalau dalam geng-geng lelaki, memang terus aku kau je. Walaupun dengan bos sendiri. Tapi, kalau segan, dia bahasakan diri dia aku-kau, aku pula panggilah dia bos, dan bahasakan diri as saya. Kalau nak panggil orang kak atau dia bahasakan diri dia as kak, itu pun kalau dia memang betul-betul senior dari kau. Paling kurang 10 tahun beza. Kalau setakat bawah lima tahun, aku-kau or panggil nama jelah.

Entahlah mungkin ni feeling aku je padahal tak ada apa. Kah kah!

P/s: Kalau kau nak bahasakan diri kau ‘abang’ tolong make sure kau worth it-lah sikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *