hdj & harinya dalam blog.

Creative yang buat design & kadang-kadang menulis.
Sekali-sekala buat video, ada Youtube channel.

Mental Lawan Fizikal

Aku kerja freelance dan lima tahun lebih secara total.

Aku kerja bawah orang (dengan company), dalam 20 bulan. Tak sampai 2 tahun pun lagi.

Hujung tahun 2015, aku mula kerja bawah orang balik.

Bukan kemahuan aku.

Tapi, sebabkan kualiti ekonomi dan kehidupan yang tak menentu ni, aku kena bezakan antara kemahuan dan responsibiliti.

Tak sampai 3 bulan lepas fulltime, sebelum tu aku ada dalam 5-6 bulan freelance contract, hati meronta-ronta nak berhenti.

Fikir punya fikir, kenapa?

Aku dah dapat jawapan dia.

Beza antara freelance dengan fulltime ni, aku boleh comparekan secara selari antara mental dan fizikal. Fizikal, kalau penat dia boleh rehat. Rehat dekat rumah, tidur, tengok TV. Nak upgrade sikit, kau pergilah mana-mana hotel, resort ke apa. Macam baru lepas main bola, joging dekat padang, main basikal, main gym, balik, mandi, rehat, tidur. Esok pagi bangun, freshlah balik. Ya, kalau kau bersukan yang agak ekstrim atau dah lama tak bersukan, otot-otot badan akan ada yang macam sengal-sengal sikit. Betul. Give it a week at most, otot tu akan kembali normal.

Tapi, penat mental tak macam tu.

Penat mental, bagi aku, kau kena betul-betul tinggalkan apa yang buatkan mental kau jadi penat. Katalah macam konteks aku sebagai seorang designer, aku penat mental, aku kena tinggalkan terus kerja aku sebagai seorang designer. Jangan hadap laptop, jangan buka Illustrator, jangan. Cara paling bagus, pergi bercuti, kunci handphone, jangan kasi orang dapat contact kau, jangan kasi orang tahu kau kat mana, kecuali famili terdekat.

Problem dia, penat mental ni kau tak sure bila boleh betul-betul recover balik.

Boleh jadi, kau recover balik bila kau dah berhenti terus jadi designer, cari profesion lain.

Dan, macamana seorang designer boleh jadi penat mental?

Untuk aku, cukup dengan kau kerja dalam satu company yang tak boleh nak move on dengan satu-satu design collaterals tu. Kalau nak move on pun ambil masa yang lama gila. Satu benda simple, boleh ambil masa seminggu, sedangkan kalau kau kerja freelance, kau yakin gila yang kalau kau buat benda yang exactly sama, sehari dah boleh settle. Situasi ni adalah satu situasi yang boleh meragut mental kau sebenarnya. Sebab dalam fikiran kau, kau nak bergerak. Tapi, kau tak boleh bergerak sebab tu bukan hak kau nak tentukan. Lepas tu dapat lagi, orang yang buat keputusan tu pula, jenis yang, somewhat tak kisah pasal kau. Kau staf aku, kau dengar cakap aku. Kau ikut masa aku.

Mentally exhausted.

Panjang kalau aku nak cerita lagi.

Baik aku tulis buku nombor 2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *