hdj & harinya dalam blog.

Creative yang buat design & kadang-kadang menulis.
Sekali-sekala buat video, ada Youtube channel.

What’s Worst

Apa yang lagi teruk daripada bekerja dengan orang/company yang tak bayar gaji kau bulan-bulan?

Kerja dekat tempat yang gaji kau dia bayar bulan-bulan, tapi kerja macam orang gila, minta itu, minta ini, kadang-kadang balik way over office hour dan tak ada OT, tapi kerja yang kau buat tu, tak jalan-jalan, tak siap-siap! Beberapa bulan berlalu, dia kecoh-kecoh balik mana kerja-kerja tu semua, dan kau ulang balik, buat kerja macam orang gila, kerja OT tapi takda OT, walaupun tiap hujung bulan, gaji on time.

Kenapa bagi aku worst?

Sebab bagi aku, kerja macam tu ibarat kerja makan gaji je. Kerja tak siap-siap!

Memanglah technically bukan salah kau sebab orang yang sepatutnya tak approve ke apa, tapi, haa ni pun satu hal juga ni!

Bukan salah kau, tapi dia boleh pusing entah macamana, somewhat jadi masalah dan salah kau juga.

Kerja macam ni, stressfull. Mentally challenging. Mentally exhausting.

Mengarut.

Itu tak masuk lagi bila cerita bab internal affairs atau outsourcing projek bagi orang luar. Kalau supplier luar pun kau sanggup perkotak-katikkan, lambat bayar dan sebagainya, apalah sangat setakat staff fulltime macam kau tu? Confirm-confirm dia tak hairanlah. Kalau aku nak kategorikan orang macam ni, aku boleh masukkan dalam kategori, “aku dah bayar kau, kau kena ikut cakap aku.”

Yup, that is it.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *