hdj & harinya dalam blog.

Creative yang buat design & kadang-kadang menulis.
Sekali-sekala buat video, ada Youtube channel.

Jangan Buat, Kalau Tak Boleh Buat

“You’re never wrong for doing the right thing.”

Semalam aku ajak wife aku tengok cerita The Intern dekat Videon On Demand HyppTV. Dulu rajinlah nak download torrent apa bagai, tapi semenjak dah sibuk dengan kerjaya, selagi boleh beli dan murah, beli sajalah. It’s a good movie untuk aku, tapi wife aku cakap, cerita tu bosan. Haha, takpa sebab taste kitorang memang lain. And that’s what make you a couple, guys!

Jadi, beberapa hari lepas, aku mengambil masa yang agak banyak untuk berfikir. Dapat lagi haritu cuti panjang, memang masa aku banyak berfikir jugalah kiranya. Berfikir tentang kehidupan, dan tak lupa juga befikir tentang penulisan aku yang kedua nanti. Walaupun, banyak juga perkara-perkara yang di luar jangka jadi masa cuti haritu, tapi, masa untuk aku berfikir masih lagi aku berjaya dapatkan.

Aku ada beberapa idea baru untuk buku kedua.

Satu, aku tulis novel. Sinopsis dah ada.

Dua, aku tulis Cerita Budak Design 2. Cerita pasal sepanjang karier aku sebagai seorang graphic designer, adalah kot dalam 5-6 tempat kerja dah aku kerja. Dan dalam setiap kerja ni, aku akan elaborate secara detail apa kerja aku, apa konflik yang ada, sebagainya. Lepas tu, penghujung setiap cerita tempat-tempat kerja tu, aku masukkan apa yang aku dapat belajar dalam menjadikan siapa aku sekarang. Lepas tu aku terfikir balik, mungkin ke tak kalau aku guna nama betul dalam buku tu? Sebab dalam buku pertama, aku tak guna nama betul, aku samar-samarkan saja sebab saja taknak aibkan oranglah kononnya. Gitu. Mungkin aku kena dapatkan consent dari legal kot?

Untuk buat kau semua excited, aku cerita sikit pasal pengajaran dari kerja terbaru aku.

Bila kau hire orang (partime atau fulltime), dia dah buat kerja dia, projek dah siap, kau bayarlah!

Lagi-lagi kalau partimer atau kau outsourcekan atau ambil freelancer, diorang nilah yang confirm-confirm kau kena jaga dulu, at least. Kenapa? Ok, apa tujuan kau outsourcekan atau cari supplier luar atau kau ambil freelancer? Aku rasa aku boleh simpulkan kepada dua perkara utama sahaja. Satu, kau tak ada resources yang kau perlu untuk buat benda tu (sebab tu kau bagi orang luar) dan kedua, sebab kau nak save budget. Macam contoh, kau ada projek yang ambil masa 2-3 bulan sahaja. Kalau kau hire fulltimer, lepas habis projek tu, kau still kena bayar dia as a staff, jadi better kau ambil freelancer untuk buat projek tu sahaja.

Betul?

Jadi, bayangkan kalau yang “SATU” tadi, yang kau outsourcekan dekat orang, kau bayar lambat sedangkan dia dah settlekan job dia lama. Contoh macam outsource atau cari supplier luar ni yang paling senang, printing-lah. Lepas tu, kau ting-tong dengan supplier tu, ambil credit terms dulu. Lepas dah settle, baru bayar. Kau jangan ambil ringan bro supplier-supplier ni semua. Sekali dia dah kena macam tu, bukan main susah nak dapat payment, tapi masa kerja dulu macam-macam hal kau minta, dia takkan datang dah dekat engkau nanti. Kalau dia bawa mulut? Lagilah kau sakit nanti. Habis dah takda orang nak kerja dengan kau.

Yang nombor “DUA” tu freelancer tadi, benda sama je macam atas ni lebih kurang. Tapi, susahlah kalau kau dah buat onar dengan dia, dia memang takkan nak pergi dah dekat kau. Lagi-lagi, kalau freelancer yang kau hire tu, hasil kerja dia memang tip-top, kau tak pernah jumpa lagi freelancer-freelancer lain yang kau hire sebelum ni.

Yup.

Nipis je penceritaan aku. Kalau nak detail tunggulah buku aku nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *