hdj & harinya dalam blog.

Creative yang buat design & kadang-kadang menulis.
Sekali-sekala buat video, ada Youtube channel.

Aku ada teori.

Sebuah gumpalan teori yang aku dapat masa stuck dalam jem.

Instead of kau demand staf kau buat benda, kena tahu semua benda, mengarah buat itu ini, nampak sangat ada hirarchy, cuba kau merge-kan hirarchy tu dan ada nampak ada kesatuan dan kau buat benda yang sama kau demand staf kau buat. Job title is just a job title and a sign of your specific task. Bukan makna kau CEO, kau boleh ‘buli’ orang buat macam ‘kuli’.

Bila ada staf evaluation, head department yang evaluate staf-staf dia.

Head department punya evaluation pula, datang dari CEO atau siapa-siapa yang lagi tinggi.

Cuba buat, staf biasa ni sekali kena evaluate bos-bos dia. So, dia 2-way evaluation.

Teori ni aku rasa bukan teori baru. Aku rasa dah ramai orang buat. Lagi-lagi company ‘startup’.

Kenapa? Sebab bagi aku sistem hierarchy ni memang tak bantu banyak dalam satu-satu ekosistem kerja. Lagi-lagi kalau tempat kerja tu memang ‘leadership’ dia senang cakap, yang gagal.

Mungkin ini cuma aku, sebab aku tak suka kerja dalam tempat yang banyak hierarchy.

Kalau satu hari nanti, apa-apa projek aku berjaya, aku nak staf aku selesa dengan tempat kerja diorang, dengan environment. You can do as much as you can, but you also need these people to help you with most of the time. Jadi, kalau orang yang kau nak dia tolong kau, tapi dia tak selesa dengan tempat kerja dia, tak selesa dengan kau, macamana dia boleh nak bermotivasi untuk tolong kau dan berikan sebanyak mampu.

Dekat rumah sekarang, aku banyak tengok satu cerita ni, Undercover Boss. Bila ada je cerita tu tengah jalan, aku akan stop apa cerita lain yang aku tengah tengok sebelum tu, dan layan Undercover Boss. Banyaklah benda-benda yang berlaku dalam cerita tu, tapi satu benda yang aku nampak ada persamaan antara semua CEO company-company besar ni ialah, diorang appreciate gila-gila mana-mana staf diorang yang kerja memang terbaik yang kau boleh harapkan. Dan, kalau ada perkara-perkara yang staf dia complaint masa dia tengah dalam undercover tu, memang bos-bos ni semua akan make sure yang problem tu solve. Reason dia satu je, sebab diorang as CEO, matlamat kerja diorang takda lain, nak bisnes maju. Dan, untuk dapatkan bisnes maju ni, semua kemudahan yang staf dia perlu, dia kena sediakan. Kalau ada masalah yang boleh terencatkan proses kerja, dia kena solve. So, bila masalah semua settle, kemudahan semua tiptop, barulah staf senang nak buat kerja.

Nampak?

Nak maju, kau jaga staf kau.

Dan kau pula as CEO, bos, owner ni, kena belajar dengar.

Mungkinlah, kau tahu apa yang syarikat kau nak, sebab tu syarikat kau. Tapi kadang-kadang, banyak benda kau boleh terlepas pandang. Dan mungkin, tak salah untuk dengar apa yang ‘orang luar’ nak bagi. Mungkin, diorang nampak something yang kau tak nampak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *