hdj & harinya dalam blog.

Creative yang buat design & kadang-kadang menulis.
Sekali-sekala buat video, ada Youtube channel.

Buruk >> Baik

Inna ma’al usri yusra.

Lepas setiap keburukan, akan datang kebaikan.

Mungkin, apa yang perlu aku buat lepas ni, bila ada benda-benda yang ‘buruk’ jadi dalam hidup aku, tak kiralah dari segi personal matters atau kerjaya sekalipun, aku kena yakinkan dalam hati bahawa, lepas setiap keburukan tu akan datang kebaikan. Kenapa kena yakin? Senang je, sebab benda tu Allah sebut dalam al-Quran.

Allah sebut tu beb. Kira apa Dia sebut tu, dah macam janjilah juga.

Lepas tu, bila aku fikir-fikir balik, kenapa jadi keburukan dalam hidup aku, mungkin sebab satu masa dulu aku pernah buat dosa, atau salah silap dengan orang. Aku taknak cerita lebih pasal personal matters, jadi aku cerita bab kerjaya.

Haritu ada satu rumusan/cadangan yang aku ‘terbaca’ kat mana-mana.

Dia tulis lebih kurang macam ni.

Mungkin, apa perkara musibah yang jadi dekat company atau bisnes kecil-kecilan kita ni; contoh macam bisnes tak untung, kalau berniaga pasar malam tiba-tiba tak laku, dan sebagainya adalah sebab, ada satu masa dulu, rezeki yang kita dapat, kita sapu seorang semua tak ‘kongsi’ dengan orang lain. Sebab ustaz selalu cakap, bila kita dapat gaji bulan-bulan, jangan lupa bagi sikit kat mak ayah, adik-beradik, jangan lupa sedekah dan sebagainya. Sebab, dalam gaji kita yang dua, empat, belas-belas ribu, mungkin ada sikit bahagian yang bukan hak kita tapi hak orang yang lain sekeliling kita. In fact, mungkin ada hak kucing yang dok menggeser kat kaki kita masa kat mamak.

Sebab tu, ada setengah masa, asal dapat gaji, kereta rosaklah, tayar pancitlah dan sebagainya.

Lepas tu, bahan yang aku baca tu cakap lagi, jadi kenapa dalam satu company atau bisnes kecil-kecilan ni, bila kita rugi, kita tak fikir cara sama? Nasi lemak kau jual minggu ni tak laku langsung, company jual servis tiba-tiba tahun ni rugi juta-juta tak capai target yang nak dicapai. Kenapa bila jadi musibah macam ni, company tak fikir cara sama as individual bila dapat gaji tadi?

Mungkin, company tak bayar bonus setimpal dengan apa yang patut staf semua dapat.

Mungkin, ada hutang dengan supplier luar tak bayar-bayar, tapi bonus CEO boleh pula sampai 6 bulan.

Dan lepas aku ‘baca’ rumusan orang ni tadi, aku pun fikir baliklah pasal perkara-perkara yang jadi dekat aku dalam kebelakangan beberapa tahun ni. Freelance projek yang pernah aku buat dulu, projek dah habis, dah bump-out venue, gaji orang lain semua dah settle, dah lepas ‘crew appreciation dinner’ semua, tapi gaji aku tak dapat-dapat lagi.

Mungkin jadi, sebab dulu aku pernah buat ‘onar’ dekat orang?

Benda kecil je barangkali, macam tak angkat call. MIA.

Tapi Allah nak balas balik atas apa yang aku buat kat orang dengan cara-cara macam tu.

Boleh jadi betul juga.

Jadi lepas ni, bila bisnes aku tak berjalan lancar, salahkan diri sendiri dulu sebelum salahkan staf. Dan kena pastikan semua orang yang berkait dengan bisnes kau nanti, kau kena jaga baik-baik. Kalau bisnes untung, jangan lupa buat apa yang patut, sebab dalam untung tu, kau tak tahu yang mungkin ada bahagian sesiapa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *