hdj & harinya dalam blog.

Creative yang buat design & kadang-kadang menulis.
Sekali-sekala buat video, ada Youtube channel.

Kerja ibadah?

Yup, takda siapa nak sangkal benda tu, sebab sebagai seorang Muslim memang aku percaya yang setiap perkara yang aku buat dalam kehidupan seharian aku akan di-consider sebagai ibadah selagi mana niat aku betul dan benda yang aku buat tu bukan benda-benda yang salahlah.

Islam is a way of life, gitukan.

Tapi haritu, aku rasa dah ada orang over-use term “kerja sebagai ibadah” ni. Lebih macamana? Melebih-lebih macam kau nak justifikasikan satu-satu kerja tu sebagai kau wajib buat, kau nak orang bawahan kau buat, kau cakap macam tu. Jadi orang yang kena ‘ceramah’ kerja tu ibadah bla bla bla, akan terpaksa makan apa yang kau suapkan, walaupun sebenarnya dia dah tak suka dengan kerja dia.

Kalau tak silap aku, dalam beribadah pun jangan ‘berlebih-lebih’. Buat apa yang Allah & Rasulullah ajar je.

Aku rasa dalam kerja pun ada macam tu.

Masa aku mula-mula kerja dulu, aku di’perah’ habis-habisan. Kalau kerja tu memang dah takda timeline dahlah kiranya. Bila ada kerja, kau kerja. Kalau takda kerja pun, kena cari kerja. Lagi-lagi kalau esok, big day, ada presentation, ada meeting ke apa, memang kau akan bertapak dekat office sampai subuh pun ada. Lepas tu balik kejap mandi-mandi, kalau sempat lelap mata, lelap kejap, lepas tu balik office balik. Memang kerja tu dah jadi priority nombor 1, tak fikir lain dah.

Jadi, kalau situasi atas ni, bos aku masa tu sebut je ‘kerja tu ibadah’ memang aku pukul.

Ibadah yang dah ibadah wajib pun tunggang langgang, kau nak cakap pula kerja-kerja kau buat tu as ibadah?

Sekarang ni, ada satu situasi kerja yang aku dapat tahu dari seorang ‘member’ yang bos dia selalu sebut ‘kerja tu ibadah’. Cerita dia lebih kurang, bos dia ni bagi member aku tu, seorang yang workaholic. Paling awal gerak balik dari office memang lepas maghrib. Sampai office pula kalau takda meeting luar, memang paling awal. Bab sampai awal tu, boleh terimalah. Tapi, bab balik kerja lambat apa semua lain ni yang member aku tu tak puas hati. Member aku tu bukanlah jenis tepat pukul 5.30PM je dah hilang. Ada masa dia balik lambat juga, lagi-lagi kalau hari yang projek dah makin dekat. Tapi, hari-hari yang urgent dan tight ni, dia akan ‘balik awal’ kalau kerja dia dah siapkan awal-awal. Tapi balik awal ni, bukanlah awal mana pun, 10-11 malam jugalah.

Tapi, bos dia tak puas hati. Hari projek dah dekat, patut kenalah balik lambat! Kalau tak balik lagi bagus. Lepas tu nanti dia dah makin panas, dia pun start-lah keluar ceramah ‘kerja tu ibadah’ bagai, cerita member aku.

Benda ni bagi aku, aku justifikasikan sebagai kau dah salah guna term ‘kerja tu ibadah’.

Kenapa? Sebab, kau nak orang ikut cara kau kerja-come-first 24 jam, tapi bila orang tak boleh nak ikut, kau guna argument ‘kerja tu ibadah’ which is to me, a wrong move. Bagi aku, selain dari kerja ada banyak lagi benda lain yang penting yang mungkin boleh jatuh jadi ibadah dan lagi banyak pahala.

Kau balik rumah, ramah-mesra dengan keluarga kau ke.

Balik rumah, rehat. Esok, sambung kerja tip-top balik ke.

Daripada kau gaduh dengan staf bawahan kau paksa dia kerja dengan guna argument ‘kerja tu ibadah’, staf kau tu pulak jenis yang berimanlah juga, dengar ayat tu terus lembut sikit hati, tapi jauh dekat sudut, hati dia masih bergelora marah, menyumpah seranah. Bila dah macam ni, bagi aku, ‘kerja tu ibadah’ dah tak boleh nak pakai sangat dah rasanya. Sebab hati dah tak ikhlas. Lepas tu mungkin ada elemen paksaan juga dekat situ. Tak begitu?

Bagi aku, benda ni senang je.

Bila masuk bab kerja, kau tak boleh nak paksa orang kerja macamana kau kerja. Poin aku rasa paling boleh pakai ialah sebab orang-orang lain yang satu pejabat dengan kau tu mungkin tak sama situasi dia dengan kau. Yang paling obvious aku boleh guna sebagai contoh ialah gaji kau dengan gaji staf yang bawah kau dah terang-terang tak sama! Tak salah kau nak guna term ‘kerja tu ibadah’ bila kau nak motivasikan orang bila buat kerja untuk buat dengan cara yang paling terbaik, seikhlas mungkin. Tapi, kalau nak guna term yang sama untuk paksa dia kerja lebih masa dan sebagainya, silaplah.

Pernah dengar cerita pasal dua orang yang bersedekah? A sedekah RM50, B sedekah RM5. Sekali tengok, nampak A sedekah lagi ‘banyak’, so tanggapan orang A ni pemurah, orang doa dia murah rezeki. Tapi, Allah tu kan Maha Adil. Dia nampak apa yang manusia biasa macam kau tak nampak. A orang kaya, duit berjuta-juta, sedekah RM50, tak luak duit dia. B tadi, walau sedekah RM5, tapi dia ada RM10 je buat makan minggu ni sementara tunggu gaji bulan depan.

Kau masukkan konsep cerita orang sedekah ni dengan, kau dan staf bawah kau yang kau asyik mencanang ‘kerja tu ibadah’ bagai ni. Mungkin niat kau baik nak ajak orang kerja ikhlas. Tapi, kalau kau mencanang term tu dalam keadaan kau marah dengan staf bawah kau dia balik kerja awal semua, tak rasa ke boleh timbul rasa riak dalam hati kau tu yang mungkin dalam cara tak langsung kau nak cakap yang kerja kau buat tu lagi banyak pahala ibadah dari staf bawah kau tadi. Tengah marah, geram, syaitan boleh hasut hati kau macam-macam bro.

Jadi, keyword aku, untuk motivasikan orang.

Bukan nak paksa orang, nak judge orang tak cukup ibadah bagai!

Kau tu Tuhan ke? (gitu..amat kasar sekali bunyinya)