hdj & harinya dalam blog.

Creative yang buat design & kadang-kadang menulis.
Sekali-sekala buat video, ada Youtube channel.

Cerita Penuh: Warwick

A very long due of photos and full report of my last Raya (2015) jauh dari kampung halaman.

Dalam kata lain, raya di perantauan gitu. Tapi masih dekat keluarga.

Sebenarnya, it has been a very long dream of someday coming to a country that is the opposite of your very own country. Beza dalam banyak cara dan antaranya ialah beza dalam bentuk iklim. Kalau Malaysia panas dan lembap, naklah juga merasa pergi negara yang sejuk. Walaupun tak bersalji, tapi at least, sejuk. Kalau jalan kaki pusing bandar pun tak berpeluh. Macam tu…

Dan, juga menjadi cita-cita teragung aku untuk visit stadium kelab yang menjadi sokongan padu aku. Emirates Stadium, Home of Arsenal. Dan 2015, cita-cita aku itu tercapai juga. Lepas ni target nak tengok match pula seround dekat sana.

Sebenarnya, aku juga menanam cita-cita nak sambung belajar keluar negara.

Lepas aku berhenti kerja pertama aku dulu, alasan yang aku bagi untuk berhenti ialah ‘nak sambung belajar’. Cita-cita tu aku dah zahirkan kepada parents aku, dan dah mula susun strategi tengok apa proses semua, tapi entah macamana cita-cita tu tak kesampaian. Tapi itu tak bermakna yang cita-cita tu akan terkubur. Mungkin satu hari nanti. Bila umur dah cecah 30 mungkin.

DSCF0006

DSCF0019

DSCF0057

DSCF0058

DSCF0087

DSCF0112

DSCF0137

DSCF0170

DSCF0197

DSCF0199

DSCF0212

DSCF0289

DSCF0294

DSCF0359

DSCF0378

DSCF0559

DSCF0587

DSCF0592

DSCF0634

DSCF0639

DSCF0709

DSCF0886

DSCF0945

DSCF1123

DSCF1210

Gambar tiket Oyster ni gambar last sebelum pergi airport nak balik Malaysia dah. Adalah juga beberapa perkara jadi masa dekat airport tu tapi tak sempat nak ambil gambar sebab memang kelam kabut gila. Cuma cerita dia, aku, wife aku dan adik lelaki aku balik naik tren. Kereta sewa dah tak muat sebab barang-barang adik perempuan aku dah penuhkan kereta. Dia dan parents aku pergi settlekan beberapa perkara (hantar balik kereta sewa etc. etc) dan cerita pendek dia, nak keluar dari London pergi airport macam jem teruk. Diorang sampai airport memang dah tight jugalah. Ada dalam kurang 2 jam kot sebelum boarding. Lepas tu nak solat dulu lagi, nak packing barang masuk kotak lagi, memang rushing.

Lepas tu, kau nak tambah lagi cerita best, masa nak masuk scan-scan beg, scan badan apa semua tu, mak aku kena tahan pula sebab dalam beg dia ada dipping nachos yang kitorang beli hari sebelum tu. Memang niat taknak bawa pun sebab dah tahu barang-barang makanan apa semua ni memang dia tak kasi lepas. Tapi sebab kelam kabut, terus jadi lupa. Orang dah start boarding, tinggal 15 minit je masa.

Lepas tu, dia tambah lagi tahap dewa punya rushing, dari area imigresen, scan-scan bagai tu nak pergi pintu masuk flight, macam harom kejauhan dia. Siap kena cross bangunan lagi. Adik aku tiga orang jalan dulu, aku dengan wife tengah-tengah and parents aku last sekali. Memang tak sempat nak enjoy relax-relax ambil gambar ke apa. Sebab tu, last gambar dekat UK, memang gambar Oyster kad tu jelah.

Tapi, perjalanan cuti Raya kitorang tahun lepas tak berakhir begitu sahaja. Sebab, kitorang transit dulu dekat Dubai. Kalau masa pergi dari KL haritu, transit macam 5 jam lebih kurang macam tu, kali ni untuk balik, transit hampir 3 hari! Jadi, beberapa minggu sebelum kitorang fly ke London haritu, aku adalah ‘research’ sikit apa boleh buat dekat Dubai ni. Ikutkan, banyak je benda boleh buat yang menarik. Tapi sebabkan kekangan masa dan kewangan, kitorang pergi area-area yang tak payah keluar duit sangatlah. Macam pergi mall yang ada Burj Khalifa tu, masuk waterworld (sebab aku ada adik kecik) dan pergi souq untuk cari souvenir jubah dan sebagainya.

It was a good trip overall.

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *