hdj & harinya dalam blog.

Creative yang buat design & kadang-kadang menulis.
Sekali-sekala buat video, ada Youtube channel.

Interesting Life

IMG_2564

Tadi aku buka hidayatjamalolail.com dan baca balik apa aku tulis tab ABOUT & PROJECT.

Kagum dengan pencapaian diri sendiri. Haha!

Bukan dengan cara yang riak, tapi dengan cara yang wow, this is how far i’ve gone in life, man! Dengan cara yang bila kau tengok balik apa yang kau dah buat, kau rasa macam tak percaya. Kenapa tak percaya? Sebab jauh dalam diri kau, kau sendiri rasa yang kau taklah sekuat mana kalau nak banding dengan apa yang kau dah achieve setakat ni.

Sebab tu bagi aku, penting untuk kau tahu apa yang kau dah pernah buat dan penting untuk kau pandang tinggi terhadap apa yang kau dah buat. Yang paling basic bagi aku, kau tengok balik kebelakang yang kau dah graduate. Atau kalau kau nak pergi jauh lagi sikit, kau tengok balik yang kau dah lepas SPM. Lepas tu, kau cuba ingat balik apa kejadian-kejadian yang pernah jadi masa zaman tu. Kau cuba ingat balik apa yang kau rasa masa tu.

SPM contoh tadi.

Aku yakin paling tidak, kau pernah rasa yang SPM tu adalah benda yang penting gila. Memang nak taknak kau kena ambil exam tu dan kau kena score, so that kau boleh nak habis sekolah dan masuk universiti. Lepas tu, ingat balik ada pula gosip-gosip kata yang kalau kau fail satu subjek pun, kau fail SPM and kau kena repeat.

Memang masa SPM dulu, rasa cuak habislah! Kau memang rasa nak buat the best. Betul?

Kalau zaman universiti tadi pula.

Aku ambil contoh cerita akulah senang. Cerita masa final year ada final projek. Ada final presentation depan semua lecturer-lecturer otai. Kalau benda jalan smoothly, takdahal. Tapi bayangkan ada benda unexpected jadi. Kalau macam aku, satu benda je, komen head lecturer masa presentation aku dulu. Dia cakap, “this is not of a standard from final year student. Not even a first year!” Yang aku bayangkan, takda lain, aku cuma rasa yang aku akan gagal. Simple as that.

Tapi, bila aku berada dalam kedudukan aku sekarang. Dah bekerja, dah layan projek-projek ‘agak besar’, dan kau terfikir balik zaman-zaman permulaan kau dulu, apa yang patut timbul dalam diri kau satu benda je: kau jadi humble. And for whatever hardship yang kau tengah hadapi sekarang, kau perlu tahu yang takda apa boleh halang kau sebenarnya. Sebab, walau susah macamana, kau kena kuatkan diri dan yakin bahawa satu hari nanti, kau akan lepas juga kesusahan tu.

And 10-20 years later, bila kau ingat balik kesusahan yang pernah kau hadap dulu, dia patut dah tak kesan apa-apa dah, cuma kuatkan lagi semangat kau je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *