hdj & harinya dalam blog.

Creative yang buat design & kadang-kadang menulis.
Sekali-sekala buat video, ada Youtube channel.

#MansuhGST

Jadi, setelah sekian lama tak ‘involve’ turun demo, Sabtu lepas, 2 April 2016, aku kembali turun ke jalanraya. Kalau dua demo sebelum ni, aku turun jalanraya sebab nak acah-acah jadi Photojournalis, demo kali ni, tujuan dia lebih kurang sama juga kot. Cuma, sebabkan poin utama demo ni ialah sebab nak #MansuhGST, aku ikut sama. Sebab, truth be told, memang GST ni sangat-sangat membebankan.

Kadang-kadang orang tak rasa beban sebab bila gaji masuk tiap bulan, kau kurangkan kawalan. Contoh kurang kawalan ni, kau spent je macam biasa. Barang-barang macam handphone baru bagai, kau control serba-serbi nafsu semua tu. Tapi, tiba-tiba hujung bulan gaji dah habis, tunggu gaji baru. Dan dia rotate sampai ke sudah.

Kalau orang terfikir sikit, dia akan question, eh mana pergi duit aku selama ni? Nak kata spent beli gadjet baru, takda.

Dulu, aku pun macam tu. Komitmen tak banyak sangat. So, spent-lah gaji macam biasa. Yang standard hari-hari guna, makan, petrol, tol bagai. Gadjet takda nak tukar baru selalu. Sempat save, kau save-lah sikit. Lepas tu rotate every month.

Tapi, sekarang, dah kahwin ni, komitmen besar. Walaupun aku takda anak lagi, tapi dah terasa beban. Kekurangan kawalan aku dulu, sekarang dah jadi macam obses gila. Setiap bil atau resit yang dapat, aku akan kaji detail. Contoh kau pergi kedai makan, kau tengok resit, harga makanan baru berapa tapi tiba-tiba tambah tax GST.

Lagi sakit, bila tengok bil unifi. Masa beli dulu 30mbps, lebih kurang RM219 sebulan.

Sekarang, kau kaji balik bil, RM219 betul harga kos unifi. Tapi dia campur GST, ada kos-kos extra lain, jadi dekat RM260 dah.

So, sekarang, kau layanlah gabar aku acah-acah nak jadi photojournalist ni.

4

8

12

13

16

23

26

Lagi gambar, klik SINI.