hdj & harinya dalam blog.

Creative yang buat design & kadang-kadang menulis.
Sekali-sekala buat video, ada Youtube channel.

Recognition.

Tujuh tahun aku bekerjaya sebagai seorang creative designer, jarang-jarang aku mempromosikan yang aku berjumpa dengan orang itu, orang ini, pernah kerja dengan orang itu dan ini dan segainya. Secara mudahnya, itu memang bukan cara aku. Bukan cara aku untuk nampak selebriti, mahu bergambar bersama dan sebagainya.

Tapi, tujuh tahun kemudian, this was something else.

Tujuh tahun kemudian, aku sedikit sedar. Yang aku tak suka untuk dipuji atau dihargai bukan sebab aku tak suka ‘recognition’. Tapi, lebih kepada siapa yang beri aku recognition tersebut. Siapa dalam konteks aku agak meluas. Tak spesifik kepada ‘siapa’ itu tergolong dalam golongan-golongan VIP, kerabat, Dato’, Tan Sri dan sebagainya.

Siapa dalam konteks aku ini lebih kepada siapa yang recognize kerja-kerja aku yang memang betul-betul kenal aku, tahu cara kerja aku, percaya dengan apa yang aku boleh buat dan memang betul-betul menghargai nilai orang yang bekerja. Bila ini semua ada, barulah recognition itu aku rasakan ada harga.

Ini, team aku di INVOKE Malaysia.