hdj & harinya dalam blog.

Creative yang buat design & kadang-kadang menulis.
Sekali-sekala buat video, ada Youtube channel.

Jumlah Suka Duka, Arghhh

Aku ada kawan (atau kawan-kawan) yang satu masa dulu aktif dekat media sosial dan kemudian tiba-tiba satu hari ambil keputusan untuk terus cut-off. Kata mereka, walaupun media sosial ni ada baiknya, namun pada mereka, buruknya jauh lebih banyak.

Aku rasa, aku pun dah mula rasa benda yang sama.

Tak perlulah untuk aku perincikan dengan mendalam apakah dia itu baik serta buruknya media sosial, sebab aku rasa benda tu semua orang dah tahu. Kau tak baca artikel-artikel seumpamanya pun kau dah boleh rasa jauh dalam diri kau sendiri yang kau dah lebih kurang tahu kenapa walaupun kau mungkin taknak mengaku.

Aku nak cerita backstory kenapa aku mula rasa yang media sosial ni banyak buruk.

Sebab aku baru balik dari Sabah—sekian wassalam.

OK-OK, aku cerita lanjut.

Selama empat hari aku dekat Sabah, selain bercuti dari perkara-perkara kerja, aku juga bercuti dari buka media sosial. Kalau kau rasa sebab dekat sana takda takda line internet yang stabil, kau silap. Aku rasa line dekat sana lagi laju dari dekat Kuala Lumpur sebab masa dekat Kundasang, aku boleh livestream EPL dekat iPhone aku guna internet mobile sahaja. Maka, teori kau yang mengatakan aku tak buka sosial media sebab internet lembab sudah disangkal. Kalau kau tertanya-tanya kenapa, jawapan aku ialah aku tak rancang langsung untuk tutup walaupun sekejap. Benda jadi tak dirancang, sedar-sedar untuk hari pertama sahaja, aku tak buka langsung apa-apa APPS yang berkait.

Dekat Sabah, aku cuma enjoy life as it is.

Dan juga sebab aku guna iPhone aku untuk shoot video.

Tapi bila aku balik sahaja dekat KL dan aku fikir balik, sebenarnya banyak benda dalam hidup aku sekarang ni terlalu lekat dan dekat dengan media sosial. Aku tak kata benda tu sepenuhnya salah. Tak kisahlah apa niat kau untuk share gambar dekat Instagram dan sebagainya, itu hak kau, tapi aku cuma nak kata yang hidup sekarang dah terlalu bergantung dekat media sosial sampaikan perkara-perkara yang sepatutnya di-enjoy dalam hidup berlalu pergi macam itu sahaja. Dan empat hari aku dekat Sabah, aku enjoy life to the fullest, benda yang aku dah tak buat sangat masa dekat KL. Well, of course-lah satunya sebab waktu tu tengah bercuti dan 100% hari aku memang dihabiskan untuk berjalan-sakan, memang takda masa langsung untuk pegang phone. Tapikan, kalau kau fikir balik, bila balik KL pun sebenarnya, 100% hari kau berlaku luar dari media sosial juga. Cuma soalannya, kenapa bila balik KL, media sosial ni tiba-tiba jadi sebahagian dari 100% hari-hari kau? Kira tiba-tiba hidup hari-hari kau perlu dimasukkan juga dalam media sosial. Kenapa? Benda ni jadi dekat aku, jadi aku tanya diri sendiri dan aku akan jawap sendiri. Kalau kau nak jawap pun boleh, takda masalah.

Jawapan aku—habit.

Aku pergi Sabah, aku break aku punya everyday habit. Aku buat benda yang lain dari kebiasaan hari-hari biasa aku dan aku rasa kelainan tu aku patut layan sendiri, tak perlu nak bagitahu orang lain. Dan sebaik sahaja kaki aku jejak balik dekat KL, ada semacam aura (macam angin yang out of nowhere tiup dekat muka kau) yang habit atau rutin lama kau datang balik. Benda ni semua orang rasa lepas balik dari bercuti atau travel. Kau rasa travel ni lagi best dari hidup realiti kau dekat bandar. Cuma untuk aku, pulang dari Sabah aku dapat satu benda baru: bahawa media sosial ni adalah satu benda yang dah jadi toksik untuk aku. Aku sajalah buka akaun Twitter dan Facebook aku, dan tak sampai lima minit, aku jadi depress. Banyak sangat benda negatif dekat dalam sana padahal bila kau tengok dekat dunia realiti, hidup jalan macam biasa. Media sosial buatkan aku tak boleh nak enjoy dan lalui hidup aku dengan tenang.

Aku rasa memang dah sampai masa untuk aku hentikan sosial media dan tumpukan dekat hidup. Hidup ni pendek. Kalau asyik nak tengok benda negatif, lama-lama hati jadi keras, hidup pun jadi negatif. Jadi aku taknak benda tu menyelubungi hidup aku.

Tapi aku bukan totally stop.

Aku masih perlukan sosial media, especially untuk hal-hal kerja aku.

Ya, sosial media sekarang adalah tempat untuk aku kerja.

Kalau takda benda yang impactful untuk aku share dekat dunia tentang kerja aku, maka kau akan lihat sosial media aku akan sunyi. Mungkin sekali-sekala, aku akan stalk adn tweet kacau hidup orang, terutamanya staf-staf aku dekat Creative.

Sekali sekala mungkin aku akan post gambar aku dan anak. Mungkin.

We will see.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *