hdj & harinya dalam blog.

Creative yang buat design & kadang-kadang menulis.
Sekali-sekala buat video, ada Youtube channel.

The thing that I’m proudest most

Beberapa minggu lepas, aku buat satu meeting tergempar dengan semua team member aku dekat Creative. Kalau kau perlu tahu, aku bukanlah orang yang suka buat meeting atau pergi meeting. Tak suka ni kau kena faham, bukannya maksud aku tak suka langsung. Cuma kadang-kadang ada masa-masanya jumlah meeting yang dibuat terlalu banyak sampaikan semua meeting tu hampir takda function langsung. Meeting setakat nak bincang nak tahu update siapa yang akan handle klien sekian-sekian, aku rasa dah cukup kalau hantar dekat emel atau Slack. Kalau orang tu lambat reply, boleh WhatsApp, SMS, phone call. Susah sangat, pergi je dekat meja orang tu kejap bagitahu.

Tapi yalah, benda ni bergantung dekat situasi juga. Ada setengah perkara memang perlu banyak meeting dan setiap meeting tu memang ada function. Habis meeting, orang keluar dapat something, kerja boleh jalan, decision was made, so on and so forth. Macam aku, aku memang jenis jarang buat meeting. Sebab kadang-kadang aku rasa, meeting ni membazir masa. Even untuk benda-benda yang besar sekalipun. Kalau ada benda-benda kecil, aku akan kumpulkan semua sekali dan cukup untuk aku hantar emel dan pastikan semua orang baca emel tu. Bila diorang nak baca tu, terpulang, ikut masa yang diorang senang. Tapi janji, at the end of the day, perkara yang aku nak sampaikan semua orang dah tahu sebelum masuk hari baru, minggu baru atau bulan baru. Kalau aku panggil meeting, kiranya memang ada benda yang besar gilalah aku nak bincangkan. Dan selalunya, perkara-perkara yang aku nak bincangkan dalam meeting bukanlah perkara-perkara berkait kerja sangat pun. Kaitan dengan kerja tu mungkin ada sikit, tapi dia lebih kepada perkara-perkara yang deep, berat & benda yang memang tak boleh nak tulis dalam emel atau Slack. Sebab benda-benda macam ni bila ditulis, orang boleh interpret macam-macam. Jadi untuk elakkan perselisihan, aku panggil meeting dan bincang depan-depan. Transparent.

Jadi, meeting yang aku buat hujung Julai lepas adalah meeting pertama since yang terakhir dalam bulan Februari-Mac lepas. Hampir 4-5 bulan takda meeting & kerja tetap jalan macam biasa. Adalah hiccups sini-sana sikit, tapi that’s it. Cuma banyak dan panjanglah emel atau nota Slack yang aku hantar dekat team aku. Dan lepas habis meeting ni, secara peribadinya aku rasa apa yang aku dapat ialah apa yang aku cuba nak buat sebagai seorang leader dalam team creative, sudah hampir tercapai.

Kesimpulan tanpa “spilling the tea” ialah seperti berikut:

1. Team member aku berani untuk bersuara – tak puas hati, tak pendam, luah, transparent
2. Certain standard yang aku nak staf aku capai sebagai seorang Creative – on the right track
3. Kerjaya ni sama macam hidup (life) – ibarat roda – kejap dekat atas, kejap dekat bawah

Poin nombor satu, aku tanya wife aku. Am I doing the right thing with my team? : semua berani untuk bersuara, tak pendam, diorang luah apa yang diorang rasa tak puas hati. Wife aku jawap, baguslah tu. Sebab tak ramai orang berani nak bersuara depan orang yang lagi superior atau leader dalam team. Selalunya diorang akan duduk maki belakang, pendam seorang diri je. Wife aku tambah lagi, orang yang berani nak bersuara ni sebab dia nak benda berubah. Kalau ada benda yang negatif, dia nak benda negatif tu berambus. Tapi yalah, tangan aku pun terikat juga. Company tempat aku kerja ni bukan totally company aku, cuma spesifik untuk team creative, aku ada freedom untuk buat culture sendiri. Dan antara perkara yang aku bangga aku berjaya buat tapi tak sedar ialah bila salah seorang kata diorang suka environment dalam creative & environment yang dia rasa tu dia kata macam pernah tengok. Dan bila diingat balik, environment sama yang dia rasa dia pernah tengok tu rupanya dia “tengok” bila dia baca buku Cerita Budak Design aku. Yang mana, in a way, boleh juga untuk kata yang jiwa creative aku, prinsip aku dalam menjadi seorang designer, masih kekal sama.

Lalu beralih ke poin kedua: Sebagai seorang Creative, aku memang dah dari dulu ada satu visi yang aku nak capai walaupun sebelum ni visi tu macam tak berapa nak jelas sangat. Macam angin, kau tahu angin tu ada, tapi kau tak nampak bila angin tu nak datang atau pergi. Macam itulah visi aku sebagai seorang creative 7-8 tahun lepas. Sampailah bila aku baca buku Mike Monteiro, Ruined by Design. Kesimpulan aku dapat dalam buku ni ialah dia kata, designers are gatekeepers. Kerja designer selain dari buat design, kau kena pastikan juga benda yang kau design tu bila keluar dekat public boleh bagi manfaat dekat orang, bukan merosakkan. Jangan jadi macam Twitter, Facebook, Uber: contoh-contoh negatif yang banyak dia guna dalam buku ni. Macam Twitter, dalam polisi dia kata, Twitter bukan tempat untuk racism, fascism dan segal -ism yang ada. Tapi orang macam Donald Trump yang tweet benda-benda rasis masih boleh relax pos tweet tak kena ban. Kenapa? Sebab orang macam DT-lah yang buat Twitter jadi relevan. Engagement tinggi walaupun benda tu merosakkan (racism). Macam Facebook, Mike bagi contoh kes pengganas dekat masjid Christchurch yang siap boleh buat live, orang boleh share sampai jadi viral. Kenapa? “Because it was design that way,” kata Mike. Jadi lepas aku baca buku tu, aku jadi macam, eh jadi inilah dia benda-benda yang aku dah memang buat selama ni. Angin yang tadi aku tak nampak tu, sekarang aku dah nampak jelas. Ibaratnya. Design with ethics.

Dan benda ni selain aku dah terapkan dalam jiwa aku sebagai seorang designer, aku juga dah berjaya terapkan dalam jiwa team Creative aku. Antara poin yang banyak disebutkan dalam meeting ni ialah diorang bila jadi designer, diorang cari kepuasan dulu sebelum kejar duit. Walaupun ada masanya memang kena kejar duit sebab memang perlu untuk hidup, tapi dalam masa yang sama, kepuasan ni yang utama. Which is good. Bagi aku benda ni maknanya diorang ada prinsip dan ethics yang bila buat design ni bukannya main sapu je semua job yang datang, tapi kena make sure juga job yang masuk tu tak bawa kerosakan.

Which brings to the last point.

Out of 10 people (excluding myself) in my team, 7 are considering to call it quits. Seven out of 10 ni = 70%, tinggi weh.

Bila aku tanya kenapa, jawapnya dah tak puas kerja. Bangun pagi, rasa berat kaki.

Tapi kenapa stay lagi? Sebab aku ada. Well…

Seorang daripada tiga yang tak termasuk dalam statistik nak berhenti ni kata, ikutkan pengalaman dia, memang kerja designer ni lebih kurang macam tu. Dia secara peribadi, 2 tahun dah kira macam tempoh maksima untuk duduk dalam comfort zone dan bila dah lebih dari 2 tahun memang akan rasa bosan. Lagi-lagi kalau dalam 2 tahun tu berulang buat benda yang sama. Jadi bagi dia, apa yang 7 orang ni rasa adalah normal. Which in a way, aku juga setuju.

Dipenghujung meeting ni aku simpulkan bahawa dekat level yang kau ada sekarang, cuma ada satu benda je yang kau kena fikir: diri kau sendiri sebelum orang lain. Sebab bila aku tanya, kenapa kau still ada dekat sini, tak mula bergerak untuk move on, jawapan mereka adalah disebabkan orang lain (aku), bukan diri sendiri. Kiranya, “kenapa aku taknak berambus, sebab aku rasa terhutang budi dekat kau & kau still ada dekat sini.” Sebab tu aku balas, jangan fikir orang lain, fikir diri kau dulu. Kalau kau rasa kerja dekat sini dah tak fulfilling, kau rasa dah takda progres, kau rasa dah sampai masa, maka bukan hak aku untuk halang kau pergi. Kalau kau dah betul-betul nekad dan yakin dengan keputusan kau, then go for it. Cuma satu nasihat aku ialah sebelum kau buat keputusan tu, pastikan keputusan yang kau nak buat tu adalah keputusan yang kau dah fikir masak-masak. Setiap angle kehidupan kau, kau dah ambil kira. Jangan ikut ego, jangan ikut emosi. Kalau ada satu saat yang memang tengah teruk kena pressure dan masa tu kau memang rasa nekad nak quit, tunggu dulu, ambil nafas tutup mata, tenangkan fikiran. Delay 24, 48, 72 jam. Kalau lepas tu memang ada lagi perasaan yang sama, then buatlah keputusan yang sewajarnya.

Diorang tanya aku lagi, apa cara yang aku buat untuk buang perasaan tu. Aku jawap, kau tak boleh compare aku dengan kau. Responsibility aku partly adalah kau & responsibility kau mostly ialah untuk make sure KPI kerja kau dicapai. Aku boleh buang perasaan tu sebab aku kena fikirkan team aku, apa akan jadi kalau aku takda. Lagi-lagi bila semua dah kata, diorang belum blah sebab aku masih ada. Aku takda jawapan yang 100% boleh solve isu yang kau tengah hadap. Aku jawap, kalau betul tak boleh, maka silakan. Pintu aku tak kunci. Tapi kalau kau still nak cuba untuk cari fulfillment, maka cari. Biar kerja dekat sini jadi kerja & dunia luar sana jadi life kau. Bukan kerja ni yang jadi life kau. Buat benda yang boleh puaskan hati kau. Boleh jadi benda tu masih kerja design (macam aku) dan boleh jadi benda tu ialah benda yang totally lari dari dunia design. Tak kira apa, kau cari & kau buat. Isi kekosongan yang ada dalam hati.

Tapi kalau kau betul-betul tanya aku, jiwa aku terbelah dua.

Satu, jiwa aku yang nak buat benda dan hal sendiri.

Dua, jiwa aku sebagai lead team member aku.

Jiwa aku as lead, memang kalau boleh aku taknak team aku berpecah. Semahu boleh aku nak team yang aku ada ni kekal selamanya. Tapi yalah, mana ad benda yang kekal selamanya. Orang datang dan pergi. Team aku tak perfect. Kalau aku serius compare dengan orang lain dekat luar sana, skill yang ada dekat staf aku memang jauh ketinggalan dengan orang-orang lain yang jauh lagi talented. Tapi satu benda yang aku banggakan ialah setiap member dalam Creative ni boleh “masuk”. Bagi aku, itu adalah benda yang aku rasa paling susah nak dapat dalam satu team. Biasanya mesti pecah hidup berpuak atau tak puas hati dengan lead, maki belakang. Ya, memanglah ada dalam team aku ni gaduh-gaduh kecil, terasa sikit tu biasa, tapi at the end of they day, they are together.

Dan jiwa aku sebagai diri sendiri?

Itu kita cerita lain hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *