hdj & harinya dalam blog.

Creative yang buat design & kadang-kadang menulis.
Sekali-sekala buat video, ada Youtube channel.

Break the habit.

Benda yang paling aku tak suka dalam kerjaya aku sebagai seorang creative designer ialah habit. Atau dalam kata lainnya boleh juga dikatakan sebagai benda-benda rutin. Benda-benda yang berulang buat tiap-tiap hari bagi aku buatkan otak jadi tepu, macam air yang bertakung dekat tempat yang tertutup dan takda orang guna. Lama-lama air tu boleh jadi busuk dan macam-macam jenis penyakit boleh terkumpul dalam tu.

Samalah bagi aku dengan buat kerja rutin tiap-tiap hari.

Masuk ofis pukul sepuluh, balik pukul enam, sangkut dalam jam, ikut jalan yang sama tiap-tiap hari dan sebagainya.

Dan untuk lebih kurang tiga tahun yang lepas, aku dah tersangkut dalam loop rutin harian.

Bangun pagi pergi ofis, petang balik, lalu jalan yang sama. Tiap. Tiap. Hari.

Cuma kali ni, rutin aku ni mungkin ada sedikit berbeza. Satu perbezaan yang ketara ialah cara fikir aku dalam bekerjaya dah masuk usia 10 tahun. Kalau ikut umur manusia, 10 tahun macam baru budak lagi. Tapi dalam dunia kerjaya, bagi aku kalau kau pandai tengok benda yang tak boleh nampak dengan mata kasar, 10 tahun ni banyak beza dia boleh bagi dekat hidup kau. Macam aku, 10 tahun yang panjang ni, dah bagi banyak. Untuk tiga tahun lepas, aku diberi satu responsibility yang agak besar. Aku pegang satu department Creative yang sekarang dah ada 10 orang staf. Bagi aku, benda ni besar, sebab seumur karier aku, aku tak pernah pegang atau involve benda yang lagi besar daripada diri aku sendiri. Jadi bila diberi satu department, well, besarlah!

Dan kerja-kerja aku sebagai Head (official titlenya Chief) adalah kerja-kerja yang rutin.

Tapi aku belajar satu benda baru bahawa rutin sebenarnya is actually not that bad.

Dengan rutin, benda yang paling senang untuk dapat ialah stability. Sebab dengan rutin, benda berulang sama tiap hari, minggu, bulan, tahun dan at the end of the day, kau ada stability. Once that routine is broken, tiba-tiba tempat kau kerja tak ada kerja atau worst, something bad happen, kau hilang stability tu. Dan kalau kau tanya aku versi yang beberapa tahun lepas, aku bencikan stability. Sebab pada aku stability = rutin = tepu = takda adventure = complacent dan semualah yang negatif yang kau boleh fikir.

But that is not always the case.

Apa yang berbeza sekarang berbanding dulu? Apa yang buatkan aku boleh hadap rutin & stability dan dalam masa sama tak complacent?

Breaking the habit with another habit is also a kind of breaking-the-habit.

Ok ni satu lagi untuk lebih confusekan kau.

Keep doing things that break a habit, is also a kind of habit. Yes?

Macam nilah. Cara fikir aku dulu, aku tak boleh buat benda rutin. Aku tak boleh ulang buat benda yang sama macam masuk office 9-5. Fikir aku, kalau boleh aku nak lima hari dalam seminggu tu, tiap-tiap pagi bermula dengan cara yang berbeza. Bangun pagi macam biasa dan pagi Isnin aku lepak dekat Starbuck sambil buat kerja. Pagi Selasa pula bermula dengan aku dekat TGV tengok movie yang baru keluar, Rabu melepak dekat rumah Netflix dan chill dan seterusnya. Ini fikir aku yang dulu. Aku buat benda ni dulu hampir tiap-tiap hari sampaikan aku tak sedar yang tiap-tiap hari buat benda lain ni dah jadi macam habit untuk aku. So let’s break that habit of breaking a habit with another habit.

Hence, aku kerja dekat INVOKE as Chief Creative Officer dengan 10 orang staf. But, put aside of all that, things are already different in terms of my job description. Kerja aku sebagai seorang Chief in itself pun kadang-kadang tak menentu, takdalah rutin sangat. Benda paling rutin dalam rutin baru aku ni ialah masuk office tiap-tiap hari. That’s it.

Hujungnya, aku dah tak rasa rutin adalah sebahagian dari variables dalam equation untuk aku dapatkan kepuasan bekerja. I came to a realization that, the idea of “routine is killing creative” partly was just an excuse to feel bored.

At the end of my first 10 years and early year of the second ten in work-life, aku sedar yang kalau kerja yang aku buat ni adalah real passion aku dalam kehidupan bekerjaya, rutin takkan mematikan. Betullah kalau ada certain projek yang dah berjalan lama sangat tak selesai memang boleh jadi bosan, tapi selain dari tu, it should’ve been fine. Jadi creative dan designer ni, banyak benda boleh buat selain duduk menghadap skrin laptop. Kalau kau boleh masukkan dunia design/creative ni dalam hidup peribadi kau, then that’s where the magic can happens. Aku rasa itulah benda yang aku dapat dan ada sekarang. Yes there’s still pressure, but it doesn’t go beyond of affecting everything else.

Pressure tu kekal dalam bilik yang pressure tu ada.

Keluar dari bilik, dan there’s a whole another world outside.

Chill, relax, tarik nafas.

Design all the way, man!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *