hdj & harinya dalam blog.

Creative yang buat design & kadang-kadang menulis.
Sekali-sekala buat video, ada Youtube channel.

Oh design

I am currently having this feeling that design use to be much simpler before.

Benda paling senang aku boleh bagi contoh sekarang ialah jenis-jenis kerja designer.

UI Designer. UX Designer. App Designer.

Aku tak boleh nak senaraikan semua sebab aku pun takdalah aktif sangat dalam market tahu apa yang ada sekarang dan apa yang tak ada. Tapi tiga yang aku sebutkan dekat atas ni, aku pernah come across atau pernah sendiri buat kerja-kerja jenis kerjaya ni. Lepas tu belum sembang lagi pasal benda-benda lain (terms) yang berkait design macam design strategy, design lead, design sprint, design itu, design ini dan sebagainya.

Jangan lupa nak masukkan pula elemen psikologi, psikografi, psikik, psi-itu, psi-ini dan macam-macam psi yang lain.

Don’t get me wrong, nothing’s wrong with all these.

Macam hiduplah, life is simple. Tapi ada banyak benda yang jadikan dia complicated.

Dan aku rasa “design” sekarang dah jadi terlalu complicated, at least untuk aku. Dan aku tahu, kalau aku keluar dari dunia aku sekarang dan masuk dalam dunia design yang dah jauh complex dekat luar sana, memang aku takkan survive. Partly bukan sebab aku tak mampu untuk survive, tapi aku sendiri yang decide untuk taknak survive dalam dunia tu. It’s a whole different pool, for me, I’m better to stay in my current pool.

Tapi jangan salah anggap duduk dalam pool yang sama ni = complacent, selesa dan sebagainya. Bagi aku tak. Sebab dalam pool yang aku ada sekarang ni pun ada cabaran dia. Ramai je pool-players lain dalam ni bukannya aku seorang.

Dan aku tak boleh masuk dalam pool lain samalah macam orang pool lain tak boleh masuk pool aku tapi tak bermakna pool aku salah & pool kau betul. Kalau memang ada satu jenis pool je yang betul, then memang tak ramailah orang boleh survive dalam dunia ni, kan? Dah kalau masuk pool orang, buatlah cara dah masuk pool orang. Kalau dia kata jangan lari & terjun masuk pool, janganlah kau buat, walau dekat pool asal kau tadi memang takda rules macam tu. Two wrong doesn’t make it right! (betul ke aku guna ni?)

Itulah bagi aku “cons” dunia design yang dah complicated ni. Banyak sangat benda sampaikan ada certain group yang rasakan cara mereka sajalah yang patut diklasifikasikan sebagai cara international standard, cara orang lain salah. I am imposing this to youuuuuuu! Follow or you are wrong. Pfft sangat!

Dahlah. Bagi aku, design ni satu je: simple.

Jangan buat complicated.

Or better yet, jangan ingat orang yang tak buat cara kau, orang tu salah.

Dah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *