hdj & harinya dalam blog.

Creative yang buat design & kadang-kadang menulis.
Sekali-sekala buat video, ada Youtube channel.

#WarkahBudakDesign

Tadi, waktu dalam kereta on the way pergi Taman Warisan Pertanian dekat Putrajaya untuk dinner, wife aku tiba-tiba cakap yang ramai kawan-kawan dia (even family members) komen dekat posting Instastory atau post biasa Instagram dia yang kita (aku, wife & Yusuff) rajin betul pergi jalan malam-malam waktu hari biasa (weekdays), tanya tak penat ke baru lepas habis kerja, tak balik rumah lagi terus keluar dan sebagainya.

Thing is, kalau balik rumah, biasanya memang takda harapan nak keluar balik.

Tapi, the actual truth is sebelum wife aku sebut pasal benda tu pun, aku dah beberapa kali terfikir benda yang sama. Sebab, aku pun kadang-kadang dapat respon yang lebih kurang dari orang – tak penat ke, rajin gila dan sebagainya. Dan terus-terang aku katakan lagi, katalah memang takda pun orang bagi respon yang macam tu, aku pun ada terdetik juga benda yang sama. Contoh Selasa baru ni, lepas kerja, aku ajak wife aku jom pergi Decathlon Shah Alam lepas aku balik kerja dan pickup Yusuff dari nursery. Bila sampai dekat sana, lepas selesai Maghrib, kepala aku mengelamun sendiri sementara tunggu wife aku habis – apa bendalah aku buat dekat sini hari-hari tengah minggu ni woi! Kegigihan yang melampau.

Lepas tu cerita tadi, lepas dinner dekat Taman Warisan Pertanian, boleh pula impromptu pergi Dataran Putrajaya depan Perdana Putra / Masjid Putrajaya bakar lemak kayuh basikal. Again, apa benda aku buat ni tak penat ke woii!

On a serious note, aku sebenarnya memang ada fikir pasal benda ni.

Dan sebab kenapa aku boleh terfikir, sebab aku sendiri pun nakkan jawapan, dan kau pun mungkin tertanya-tanya kalau aku ada jawapan macamana aku boleh larat nak buat semua benda tu, hari biasa lepas habis waktu kerja lagi.

Then it hit me. Aku rasa aku tahu kenapa.

Aku ingat lagi circa hujung-2015, awal-2016. Waktu ni aku kira macam take a break dari kerja politik dengan Rafizi dan Akmal, aku pergi kerja dekat SACC. Secara peribadinya, itu adalah tempat kerja yang paling memenatkan seluruh jiwa dan raga aku. Tapi penat dekat sana bukannya sebab kerja banyak nak mati, tak. In fact, kerja macam hampir tak ada. OKlah bukan tak ada langsung, tapi lebih macam kerja dekat sana relax habis. Jadi kenapa aku boleh penat? Sebab tempat kerja tu tak kena dengan jiwa aku. Kau tahu, macamana kalau kau semulajadi benci sesuatu, buatlah macamana pun, kau takkan boleh nak hadap benda tu? Kau cubalah nak tenangkan diri kau tak apa, tak apa, but in the end, kau still menyampah.

Well, something like that.

Antara benda yang paling aku tak suka as a designer ialah bila aku buat kerja dan kerja tu tak “siap-siap”.

Tak siap bukan sebab aku tak siapkan, tapi sebab ada orang lain tak boleh nak buat decision dan aku tak boleh nak buat apa.

Jadi kerja yang biasanya aku boleh siapkan sendiri dalam beberapa hari, boleh ambil masa setahun. Atau lebih.

The frustration, the toxic environment, the heaviness of waking up every day in the morning, thinking that you have to travel to Shah Alam and went through everything, the exact same thing, again and again, was killing me slowly. Energy aku yang aku boleh guna untuk buat dan siapkan kerja, aku habiskan dekat dalam mental aku thinking about hate. Hate is seriously dangerous and a bad thing (for your soul). Trust me, I’ve experienced it.

So that’s it, that my answer. Untuk jawapan kepada soalan macamana aku boleh larat.

Energy aku datang (or still ada) sebab aku enjoy dengan kerja. Tapi dia bukan sepenuhnya bergantung dekat kerja yang kau buat semata-mata. Kau boleh tak suka kerja kau disebabkan kau kena handle client yang “from hell” contohnya, tapi sebabkan environment tempat kerja, colleague dekat sana collectively positive, benda kecil macam klien ni dah tak jadi isu sangat. Kau still boleh enjoy kerja overall. Macam masa aku dekat SACC, aku buat kerja yang aku suka – design – tapi sebab environment, sistem dan lain-lain dekat sana collectively negatif, definitely dia tak membantu and in fact making everything worst. Having doing what you love is one thing, but having the right all else is everything. Bila aku enjoy dengan kerja aku, despite every-small-negativity-thing else, penat macamana pun lepas habis kerja, aku still akan ada sekelumit energy untuk live a life after working hours.

Dan benda tu sebenarnya pun dah jadi trend life aku dengan wife aku.

Since dari dulu lagi, benda yang paling kitorang tak suka ialah pergi IKEA waktu weekend. Kitorang sanggup ambil cuti semata-mata nak pergi IKEA hari-hari biasa. Or kalau tak ambil cuti pun, pergi terus lepas kerja. Kenapa? Sebab waktu tu waktu paling takda orang, tak payah bazir tenaga nak hadap jam atau susah takda parking. Aku guna IKEA sebagai analogi, kau tukarlah IKEA tu dengan semua benda lain. Dan sementara Yusuff belum sekolah ni, baiklah kitorang bertiga teruskan lagi tradisi ni sampai bila-bila. Even probably waktu Yusuff dah sekolah nanti pun, tak banyak sangat benda berubah. The trend lives on!

Ultimately, semua bergantung dekat diri sendiri.

Nak apa dan nak ke taknak. Lain-lain tolak tepi.

Peace!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *