hdj & harinya dalam blog.

Creative yang buat design & kadang-kadang menulis.
Sekali-sekala buat video, ada Youtube channel.

Never too late

Seumur hidup aku, aku memang tak pernah sentuh skateboard. Kalau pernah pun, maybe try nak pijak atas skate orang lepas tu aku tergolek jatuh sebab tak reti nak balance-kan badan. Somehow in my early 30s, I decided to buy one.

Kenapa? The real truest answer is that because I CAN and I wanted to (although I’m not that much of comfortable in term of cash in the banks). Tapi kalau nak bagi jawapan yang agak inspirational sikit adalah kerana ya sebab aku mampu dan mahu untuk cuba sesuatu yang baru. Walaupun benda tu kecil dan agak “mehhhh” macam picking up skateboard. Dan semestinya perkara-perkara yang kecil sahajalah. Sebab kalau aku nak cuba benda baru (dengan umur awal 30-an), selalunya orang akan cuba benda-benda yang agak “gah” macam main golf atau bawa motor besar. Something yang di-consider agak “masuk” dengan kemampuan poket oleh masyarakat walaupun hakikatnya mungkin bukan dengan kemampuan sebenar. Tapi itu bukan style akulah kot. Of course bila tengok motor-motor besar (design klasik) macam Triumph aku akan terasa untuk mengidam tapi dalam masa yang sama aku sedar juga kemampuan aku dan apa yang aku nak atau suka. Suka design tak semestinya akan suka untuk ride motor macam tu. Style aku lebih ke arah Vespa (dan ya, aku ada sebiji Vespa Sprint). Berbalik kepada skateboard…

It’s a kind of challenge really too.

Untuk tak get too comfortable dengan kehidupan. Gaji dah agak besar, ada keluarga, harta sendiri and lama-lama you tend to take things too easy. Hidup jadi terlalu rutin dan takda benda baru. So once in a while, aku challenge-lah diri dengan benda-benda kecil macam ni. About a year ago, I started my Youtube channel, so it’s that kind of personal project.

Aku tak tahu sejauh mana aku mampu nak belajar main skate ni. But the plan is not to learn doing any tricks pun. More like cruising and last-mile transportation kind of thing dan hashtag never too late. Bruised my knee yesterday trying to cruise around, so yeah.

Who knows what’s next new thing I’ll be trying.

Peace!

p/s: actually reason kenapa aku tersangkut dengan (spesifik design) skateboard ni ialah sebab Penny board. Design-design 22″ Penny board ni dah menghantui jiwa designer aku. Kahkah! At the end, it all goes back to “design”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *