hdj & harinya dalam blog.

Creative yang buat design & kadang-kadang menulis.
Sekali-sekala buat video, ada Youtube channel.

Mata tengok aku

Ada benda yang jadi dalam hidup aku, aku tak boleh explain.

Filem yang paling bagi kesan dekat aku emotionally ialah “Only The Brave” lakonan Josh Brolin. Lepas aku habis tengok, badan macam terkaku, fikiran aku entah ke mana, termenung jauh terfikirkan macam-macam benda. Kalau tak sebab ada banyak benda lain yang jadi dalam hidup aku, sesi termenung aku tu mungkin boleh melarat lama.

Hujung tahun 2019 sebelum COVID-19 jadi pandemik, aku pergi bercuti dekat Langkawi. Hotel yang aku duduk tu agak terpencil, dia ada bilik chalet dalam hutan. Satu petang, aku jalan-jalan seorang diri masuk kawasan hutan dan tiba-tiba sampai dekat bangunan spa yang jauh dari main building. Spa tu aku perasan dah lama tak beroperasi. Aku pacak kamera nak buat timelapse dan termenung jauh fikir pasal kehidupan. Sedar-sedar dah dekat 2 jam aku “menghilang”.

Stuck dalam trafik, waktu hujan, tengah-tengah malam seorang diri dekat living room adalah waktu-waktu “normal” yang boleh trigger all this thoughts. Dan aku tak tahu macamana nak describe. It’s nothing but at the same time can be all sorts of everything. But the conclusion of all these thoughts or rather the summary of it is to leave behind all that currently life is and start anew. Be something or someone else totally.
Bagusnya benda ni semua tak makan diri aku dan tak melarat.

Dia macam kau nak benda tu tapi kau tahu sekarang bukan masanya. Kau teruskan hidup macam biasa and slowly plan for it. When the time comes, you make that change.

“Bo Burnham: Inside” trigger benda yang sama dalam kepala aku. Cuma bezanya instead of buat aku mengelamun jauh fikir macam-macam, dia bagi aku inspirasi untuk ekspresi diri lebih lagi dekat kerja. Kerja profesional mahupun kerja projek sambilan. Kalau kau macam aku, boleh cuba tengok Netflix Special ni. Bo Burnham ada tiga.

Peace.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *